Langkah Kajang yang dicanang-canang
sebagai langkah sumbang Parti Keadilan Rakyat oleh Umno dan Barisan Nasional,
nyata hanyalah omongan yang sebenarnya mengoncangkan perikatan yang memerintah
kerajaan itu.
Semalam, orang ‘nombor satu’ Umno
Barisan Nasional Tun Dr. Mahathir menggambarkan ‘ketakutan’ beliau sekiranya
Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor kerana ini akan
menyerlahkan kewibawaan dan kepintaran bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Mahathir
yang menunjangi kerajaaan ketika zaman ledakan Reformasi, menyedari kekuatan
dan keupayaan yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang boleh mematahkan plot
politik Umno Barisan Nasional dan mereka hilang punca dengan strategi terkini
politik yang bakal menjadi batu asas kepada kemaraan Pakatan Rakyat ke
Putrajaya.
Strategi politik Dato’ Seri Anwar
Ibrahim ini akan kembali membuka ruang kepada rakyat terutamanya generasi muda
untuk mengenali sosok dan kebolehan serta kemampuan pemimpin ini. Rekod cemerlang
terutamanya ketika mengemudi Kementerian Kewangan daripada 1991-1998, yang
disebut era emas kewangan Malaysia adalah sesuatu yang Mahathir tidak mahu
berulang kembali di Selangor, seterusnya menjadi kayu ukur Anwar Ibrahim
sebagai Perdana Menteri pertama dari Pakatan Rakyat.
Mahathir
takut provokasi-provokasi keagamaan dan peerkauman yang sengaja diwujudkan oleh
Umno Barisan Nasional kebelakangan ini akan tenggelam dan terpadam dengan
penghargaan dan kefahaman rakyat tentang demokrasi yang diperjuangkan oleh
Anwar Ibrahim. Ditakdirkan Anwar Ibrahim menang di Kajang, dan seterusnya
menjawat kerusi Menteri Besar Selangor seperti yang diramalkan oleh Mahathir,
maka segala rancangan sulit Umno Barisan Nasional untuk merampas Selangor Darul
Ehsan melalui pintu belakang akan menemui jalan buntu.
Mahathir Mohamad Tetap Akui Kehebatan
Anwar Ibrahim
Dalam
memperkatakan perkara-perkara buruk berkaitan Fitnah Liwat II dan sebagainya ,
Tun Mahathir adalah individu yang sebenarnya cukup mengetahui bahawa Dato’ Seri
Anwar Ibrahim pasti akan menang di Dun Kajang dan seterusnya mendaki hierarki
politik sekali lagi. Kenyataan Mahathir bahawa calon-calon lain akan hilang
deposit, jelas menggambarkan Mahathir mengakui Anwar Ibrahim telah cukup
bersedia sebelum turun bertanding di Kajang.
Mahathir Mohamad secara terbuka juga
menegaskan bahawa Barisan Nasional harus bertanding di Dun Kajang, tanpa
mengira komponen mana yang menghantar calon. Tindak tanduk Mahathir ini sebagai
satu respon ketakutan yang luar biasa dan jelas memberi tekanan kepada Datuk
Seri Najib Razak selaku Pengerusi Umno Barisan Nasional yang mungkin
berkira-kira untuk tidak menghantar calon seperti pengamatan beberapa analisis
politik tempatan.
Jelas,
ketakutan yang Mahathir Mohamad sedang lalui bukanlah ketakutan yang
biasa-biasa. Beliau mempunyai asas yang kuat untuk menjadi gentar dan takut
serta telah memulakan gendang perang untuk menghalang kemaraan Dato Seri Anwar
Ibrahim. Tepuk dada tanya selera.
“Siapa
takut, Anwar atau Mahathir ?
(Oleh
Manivanan Gowin)
http://www.keadilandaily.com/
0 comments:
Post a Comment