‘MENDAKWA NABI MUHAMMAD TIDAK PERLU DIMULIAKAN’,...Bukti dah la tu...!!..Nak tunggu bukti apa lagi...?..
KUALA LUMPUR - Tindakan tegas akan diambil terhadap karyawan dan bekas aktivitis politik Kassim Ahmad sekiranya terbukti pandangan-pandangannya bercanggah dengan prinsip dan sumber hukum ajaran Islam, berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah, pegangan masyarakat Islam di Malaysia.
Menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata setakat ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) masih mengumpul maklumat dan bukti berhubung kenyataan Kassim dalam seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" di Putrajaya pada 15 dan 16 Februari lepas.
Kassim pada majlis itu dilaporkan mengkritik golongan ulama Islam yang disifatkannya sebagai 'kasta paderi' dan mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak perlu dimuliakan, serta rambut wanita bukan aurat. "Sekiranya ada bukti terhadap anti hadis dan penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW tindakan akan diambil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan pelancaran Zon Hijau di sini hari ini.
Jamil Khir berkata tindakan undang-undang berhubung kesalahan syariah itu adalah di bawah bidang kuasa Jawi kerana mengikut perlembagaan negara, di bawah Jadual 9 agama Islam berada di bawah bidang kuasa negeri-negeri.
sumber sinarharian/24 Februari 2014
0 comments:
Post a Comment