Menjejaki kehidupan masyarakat di pinggir Delta Sungai Mekong, Vietnam...
Delta Mekong memang terkenal dengan tanah yang subur. Lanskap sungainya yang bersimpang siur mencantikkan pemandangan. Penduduknya sekitar Delta Mekong memang terkenal dengan sikap lembut dan peramah. Selain pertanian sebagai pekerjaan utama, berburu juga antara satu aktiviti yang menjadi kegemaran mereka.
Diantara aktiviti yang paling menarik di pinggir Delta Mekong adalah memburu tikus. Tikus bukan sahaja menjadi musuh kepada hasil-hasil pertanian mereka malah tikus juga menjadi salah satu haiwan kecil yang menjadi makanan kegemaran mereka. Kebiasaan nya mereka akan memburu tikus pada awal pagi setelah tikus kembali ke sarang. Tambahan pula pada musim banjir, tikus-tikus akan berpindah naik ketempat yang lebih kering. Kerja-kerja menggali lubang tikus akan menjadi lebih mudah dan terurus.
Gerak kerja secara berkumpulan akan menjadi lebih mudah berbanding berseorangan. Menggunakan khidmat anjing amat diperlukan bagi mengawal pergerakan tikus. Jika kena pada tempatnya, kira-kira dua atau tiga ekor tikus akan diperolehi dari setiap lubang.
Jom tengok bagaimana tikus-tikus ini di proses....
Setelah hasil kerja selesai, tikus ini akan dibawa pulang. Selepas disembelih, tikus-tikus ini akan dibasuh dan bersedia untuk dibakar. Ada sumber mengatakan...tikus ini tak perlu di sembelih, menyusahkan..!..katanya.."masukkan saja kedalam sangkar dan rendam kedalam air, selepas lima minit, semua tikus ini akan mati"...lagi mudah...
Siap dibasuh, tikus-tikus ini akan diletakkan atas rumpun atau jerami rumput yang kering. Bersedia untuk di bakar, tujuannya untuk menghapuskan bulu-bulu tikus tadi. Api tidak boleh terlalu kuat. Warna tikus yang dibakar biar dalam keadaan 'kemerahan', lebih berqualiti, lebih berselera untuk dimakan.
Selepas siap di bakar, tikus-tikus akan dicuci bekas-bekas arang tadi agar nampak lebih berselera. Selain dijadikan makanan harian, daging-daging tikus ini juga akan di jual sebagai sumber rezeki. Harganya pun tidaklah mahal sangat, sekitar lima ringgit sekilo. Ada juga yang dijual seekor yang dipanggil 'satey tikus'...Lihat gambar tu, makcik ini sedang menjual 'satey tikus', diletakan bersama makanan yang lain.
Artikel ini 'Gue tulis sendiri berdasarkan gambar-gambar diatas. Sebarang kesilapan pada fakta, 'Gue mohon kemaafan sajalah.Cuma pesan 'Gue,..berhati-hati lah ketika kita membeli makanan, jangan sampai terbeli 'satey tikus' pula, dunia sekarang macam-macam jadi, sedangkan virus 'air kencing tikus' pun boleh membunuh manusia, apatah lagi tikus sekali dengan ekor-ekor nya....Hukum memakan nya pun 'haram'....
0 comments:
Post a Comment