Sponsor

Friday, February 21, 2014

'Menongkah Arus', Tun Mahathir Dikritik NGO Islam...

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula kini menjadi sasaran kritikan NGO Islam ekoran kenyataannya yang membela sarjana kontroversi Dr Kassim Ahmad.
 Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dalam kenyataannya menyatakan kekesalan kepada Mahathir yang “nampak bersungguh” mempertahankan Kassim.
“Padahal implikasi dari pegangan Kassim mengenai Islam di negara ini sangat berat dari segi autoriti dan perundangan Islam,” kata presiden gabungan gabungan NGO itu Mohd Azmi Abdul Hamid (kiri)Mahathir pada Selasa tampil menongkah arus apabila mempertahankan Kassim yang berdepan tuduhan anti-Hadis, yang muncul semula dalam sebuah seminar di Putrajaya yang dirasmikannya.

Mahathir berhujah, Kassim sering disalah ertikan dan dilabel pihak yang gagal berhujah. Menurut Mapim lagi, pandangan Kassim berkaitan dakwaan pendewaan terhadap Nabi Muhammad boleh membawa kepada penolakan seluruh institusi hukum dalam Islam.
“Apakah Mahathir cenderung untuk bersetuju dengan pendapat ini dan mempertahankan Kassim bahawa beliau tidak bersalah mencabar semua pendapat ulama, walaupun Kassim bukan ahli dalam hal ilmu agama Islam,” kata Mohd Azmi.
Tolak debat terbuka
Beliau juga membangkitkan kontroversi berkaitan Mahathir sendiri apabila didakwa mempersoalkan kewibawaan ulama yang mengharamkan umat Islam menyertai pertandingan ratu cantik pada 1977 dan 1997.

Mapim juga menolak sebarang debat terbuka dengan Kassim(kanan).Menurut Azmi, berdasarkan pengalaman sebelum ini, debat dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) tidak membuahkan hasil. Malah, katanya lagi, sarjana itu didakwa angkuh tidak menerima kesalahan pemikirannya. Kassim dalam seminar pemikirannya di Yayasan Kepimpinan Perdana antaranya mempertikaikan “kasta paderi” dalam Islam, menolak pendewaan terhadap Nabi Muhammad melalui syahadah kedua dan berpendapat rambut bukan aurat wanita.

Sumber Malaysiakini/20 Februari 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/