Sponsor

Wednesday, February 26, 2014

Ambil Alih Pengurusan Air - Bukti Kejayaan PR Selangor Dibawah Tan Sri Khalid Ibrahim

SHAH ALAM 26 FEB: Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pengambilalihan ini dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan.

Empat syarikat konsesi itu ialah Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS).
Kata Abdul Khalid keempat-empat syarikat ini akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.
“Pengambilalihan ini melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan. “KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri dalam urusan pengambialihan saham,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media.
Abdul Khalid berkata, sebagai balasan, Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).
Sementara menunggu Langat 2 disiapkan, Kerajaan Selangor akan melaksanakan tiga tanggungjawab utama untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi iaitu menjalankan program mitigasi bernilai RM900juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan
Memulakan projek Horas (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (MLD) atau 3 bilion liter pada 2050 dengan majlis pecah tanah projek ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
Menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33 peratus kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan yang mana peratusan tinggi NRW yang gagal diturunkan oleh SYABAS adalah punca utama bekalan air bersih tidak mencukupi. “Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili di atas kerjasama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” kata Abdul Khalid.
Abdul Khalid berkata, MoU ini tepat pada masanya ketika rakyat bergelut dengan krisis bekalan air dan ini jelas membuktikan industri air perlu distruktur semula supaya perkhidmatannya lebih cekap dan mampan dengan kadar tariff air yang munasabah.
Sumber Selangorkini/26 Februari 2014.
LAGI GAMBAR BERKAITAN 





Turut sama menyaksikan perjanjian tersebut adalah Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/