Jika di
lihat kembali sejarah penggulingan Presiden Suriah yang sah pada tahun 1970,
ternyata apa yang dilakukan oleh Jeneral Fatah As Sisi terhadap Presiden Sah
Mesir, Dr Morsi hampir saja ada kesaksamaan.
Merujuk
kepada akaun Facebook milik Berita Ikhwan Muslimin yang dilaporkan berkata, Ada
kemiripan yang sangat jelas antara kudeta militer yang dipimpin Jen. Fatah As-Sisi
pada 3 Julai tahun lalu, dengan yang dilakukan Hafez Asad pada tahun 1970.
Menurut MBN, Leftenan Jenderal Hafez Asad
melakukan kudeta militer atas presiden sah Suriah, Nuruddin Atasi, pada tahun
1970. Ketika itu, Hafez Assad memberikan kudetanya sebuah ‘slogan’ yang sangat
indah, iaitu “Harakah Tashihiyah” atau (Gerakan Membenarkan). Hafez Assad juga bersikap
seolah-olah tidak berminat langsung
dengan jawatan presiden, sehingga perlu menempatkan orang lain, iaitu
Ahmad Hasan Khatib, yang akhirnya diberi peluang menjawat jawatan Presiden dari
18/11/1970 hingga 22/2/1971(sekitar 4 bulan).
Empat bulan selepas itu, , terjadilah satu
gelombang besar kebangkitan rakyat dengan demonstrasi yang meminta dan
mendukung Hafez Assad untuk menjadi presiden Suriah. Media dan saluran radio
ketika itu diberikan peranan penting untuk menyampaikan berita-berita indah
berkaitan pemerintah Kudeta Suriah. Antara yang selalu disiarkan adalah lagu “Taslam Yadak Ya Muallim, Quud Safinah Ya Muallim.” Atau
bermaksud ‘Terima Kasih Atas Jasamu, Tuan. Nakhodailah Perahu Ini, Tuan’…..
Demonstrasi-demonstrasi yang dimomokan inilah
yang akhirnya dijadikan alasan oleh Hafiz Assad untuk merasakan bahawa dirinya
terpaksa menjadi seorang presiden. Tidak lama selepas itu, Hafez Assad pun ditabalkan
menjadi Presiden Suriah dari tahun 1971 sehingga meninggalnya pada tahun 2000
yang lalu. Selepas peninggalan nya, kini Suriah dipimpin oleh anak nya, Basyar
Assad yang cukup dikenali oleh Rakyat Suriah dan Dunia sebagai pembawa obor
kehancuran…
MESIR
Lihat kembali apa yang telah berlaku di
Mesir kini. Adakah perwatakan dan tingkah laku Jenderal Fatah Al Sisi juga
mempunyai cara yang hampir sama dengan Hafez Assad ?. Sudah tentulah Jen. Fatah As
Sisi akan mempergunakan seluruh jentera-jentera propagandanya termasuk media
dan tokoh-tokoh agama bagi menyampaikan kehendak peribadinya untuk memiliki
jawatan sebagai Presiden Mesir…Bukan kah kini ada cadangan oleh pihak tertentu untuk mendesak Fatah As Sisi sebagai Presiden Mesir....?
cantik bro...
ReplyDelete