Tragedi letusan Gunung Kelud di Kediri, Jawa Timur
pada 13 Februari 2014 bukan sesuatu yang mengejutkan. Sejarah panjangnya
semenjak abad ke 15 hingga kini,sudah mencatatkan angka korban yang tinggi.
Hampir 15,000 nyawa telah di catatkan dan letusan pertama sekitar tahun 1586 mencatatkan
angka yang paling tinggi, 10,000 nyawa terkorban.
Namun, disebalik Tragedi Gunung Kelud ini,
terdapat satu cerita bersifat penglipurlara yang mengaitkan kisah ‘Pengkianatan
Cinta Seorang Puteri’ yang bernama Dewi Kilisuci. Cerita-cerita sebegini memang
sudah menjadi ‘trend’ dikalangan penduduk bila dikaitkan dengan sesuatu musibah
yang berlaku. Bukan sahaja di Indonesia, bahkan sekitar Nusantara yang lain,
Penglipurlara antara cerita yang paling menarik untuk didengari, meskipun tiada
fakta lengkap untuk membuktikannya. Maka disinilah, tukang-tukang lipur akan
bersandarkan kepada ‘bukti alam’ untuk menguatkan ceritanya..
Gunung Kelud juga tidak terlepas. Tragedi
pengkianatan Cinta seorang Puteri terhadap dua Raja Sakti yang bernama ‘Maheso
Suro’ dan ‘Lembu Suro’. Mengikut Lagenda yang tercatat, Dewi Kilisuci adalah
Puteri kepada Jenggolo Manik yang terkenal dengan kecantikkan nya. Beliau telah
dilamar oleh dua orang raja, namun yang melamarnya bukan dari keturunan manusia
kerana seorang Raja itu bernama Raja Lembu Suro yang berkepalakan Lembu an
seorang lagi bernama Raja Maheso Suro yang berkepalakan Kebau.
Untuk menolak lamaran tersebut, maka Dewi telah
membuat satu syarat yang tidak mampu dilaksanakan oleh manusia biasa. Syarat nya..
‘membina dua buah sumur di Puncak gunung Kelud, yang satunya berbau hamis dan
yang satu lagi mesti berbau harum, hendaknya diselesaikan dalam satu malam
sebelum ayam berkokok. Akhirnya dengan kesaktian yang dimiliki kedua Raja
tersebut, Sumur itu dapat disiapkan seperti dikehendaki. Tetapi Dewi Kilisuci
masih berdalih dengan pelbagai alasan. Kali ini Dewi Kilisuci meminta supaya
kedua sumur itu dibuktikan benar-benar hamis dan harum pula, dengan cara
kedua-dua Raja itu harus masuk kedalam sumur.
Terpedaya dengan pujuk rayu dan rayuan Dewi
Kilisuci, kedua Raja tersebut terus masuk kedalam Sumur itu. Memastikan ke dua
nya sudah berada dalam Sumur, lalu Dewi Kilisuci memerintahkan semua pengawal
Jenggolo Manik menimbun keduanya dengan batu.
Sebelum ke dua-dua mati, Raja itu sempat bersumpah…
“ Yoh, wong Kediri mbesuk bakal pethuk piwalesku sing makaping
kaping yoiku. Kediri bakal dadi kali, Blitar dadi latar, Tulungagung bakal dadi
Kedung ” ... Maksudnya (Ya, orang Kediri besok akan mendapatkan balasanku yang
sangat besar. Kediri bakal jadi sungai, Blitar akan jadi daratan dan
Tulungagung menjadi danau)…
Lagenda ini lah sehingga kini Masyarakat sekitar
Gunung Kelud masih mengamalkan jampi serapah untuk menolak bala yang disebut ‘
Larung sesaji’… Tamat sudah..
0 comments:
Post a Comment