Mechanicburg,
Ohio US...
Pemakaman seorang Biker, Billy Standley,pada hari Jumaat, di Ohio Amerika Syarikat, dianggap unik kerana
jenazahnya dimasukkan bersama ke liang lahat dalam keadaan menunggang motor
Harley Davidson milik nya. Jenazah Standley, berpakaian lengkap Biker serta helmet duduk diatas kenderaan Harley Davidson Electra Glide 1967 kesayangan nya.
Sejak 18 tahun lalu, Billy Standley mempunyai keinginan, jika dia meninggal mesti dikuburkan bersama motor kesayangan nya. Menurut keluarganya, Billy Standley ingin dimakamkan seperti itu kerana dia mahu seluruh dunia melihatnya berkenderaan ke syurga. Impian nya itu terkabul dengan terbina nya sebuah peti mayat berukuran besar.
Semasa hidupnya, Standley menyiapkan pemakamannya sendiri dengan membeli tiga liang kubur di Fairview Cemetery di Mutual, Ohio, Amerika Serikat. Makam itu terletak di sebelah makam isterinya.
Dua anaknya yang sudah dewasa, terpaksa menyiapkan sebuah peti mayat besar untuk ayah mereka dan Harley-Davidson kesayangan nya. Peti mayat tersebut di perbuat daripada kayu dan besi pada bahagian bawahnya agar kuat menahan beban berat. Peti itu sudah siap sejak lima tahun lalu dan disimpan di garaj Standley.
Pada minggu lalu, Billy Standley ’82 tahun telah meninggal dunia akibat barah pada saluran pernafasan nya. Lima petugas dari rumah mayat ‘Vernon Funeral Homes Inc’ memacak tubuhnya serta memasang pendinding dari logam pada badan nya agar mayat Standley tidak bergelongsor dari kedudukan diatas HarleyDavidson kesayangan nya.
Peti mayat transparan itu ditarik ke tempat pemakaman dari rumah mayat Vernon dan di iringi oleh para biker dari seluruh pelusuk negeri untuk menghantar Standley ke peristirahatan terakhirnya itu…

Kredit Daily News / Antara news
0 comments:
Post a Comment