Sponsor

Monday, June 2, 2014

Untungnya Jadi Sahabat Menteri, Pinjam Juta-Juta..!.. Faedah Tak Kena...?..

KEADILAN mempersoalkan apakah keistimewaan ahli perniagaan yang rapat dengan perdana menteri, Deepak Jaikishan dibenarkan mendapat pinjaman RM32 juta tanpa faedah. Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, sedangkan pelajar terpaksa meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan dikenakan faedah.
“Pelajar yang mengambil pinjaman PTPTN dikenakan faedah sebanyak 4 peratus. Jika tak bayar akan disenarai hitamkan. “Deepak yang berhutang dengan Bank Rakyat pula tidak dikenakan apa-apa faedah walaupun pinjaman RM32 juta yang mahu dibayar selama 10 tahun, lebih banyak daripada seorang pelajar yang berhutang PTPTN,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian mengulas isu pinjaman tanpa faedah oleh Bank Rakyat kepada ahli perniagaan itu, seperti mana didedahkan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik baru-baru ini. “Kenapa ada perbezaan besar skim pinjaman bank dalam negara ini jika dibezakan antara rakyat biasa dengan Deepak? “Apa istimewanya Deepak dengan peminjam lain yang meminjam di Bank Rakyat,” soal Saifuddin semasa berucap di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang dalam program ceramah isu semasa ‘kebangkitan reformasi 2.0′, semalam.

Katanya, sekiranya tindakan ini berterusan semata-mata untuk menguntungkan kroni Umno BN, banyak institusi kewangan akan menanggung kerugian. “Bank akan lingkup, kroni senang lenang, rakyat jadi mangsa penipuan dan ketidakadilan atas sikap menteri yang berat sebelah. Kalau kerajaan berani, siasat menteri yang bernama Hasan Malek dengan segera. “Jika kerajaan bacul, tidak mahu bertindak, rakyat mesti bangun untuk menentang penipuan yang sedang ketara berlaku di hadapan mata,” ujar beliau lagi.

Saifuddin juga berkata, pendedahan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik terhadap salah laku menteri, Datuk Seri Hasan Malek tidak harus dipandang enteng. Ini kerana katanya, ia melibatkan kredibiliti Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, sekiranya gagal bertindak terhadap anggota kabinetnya. “Kita yakin bahawa kerajaan pimpinan Najib akan kelu dan kaku tidak berani bertindak terhadap Hasan Malek.
“Najib mesti buktikan, Umno dan BN tidak melindungi Hasan Malek. Mereka juga mesti buktikan Deepak tidak punya kekebalan jika dibezakan dengan peminjam lain, “jelas beliau lagi.-KD/2 Jun 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/