Sponsor

Monday, June 30, 2014

'Bayangan Dan Mimpi Ngeri' Bekas PM Jika Akta Hasutan Di mansuhkan..?.. Benarkah Begitu..?..


Tun Dr Mahathir Mohamad
Cadangan kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan akta baru hanya akan menyebabkan perbuatan menghasut boleh dilakukan dengan mudah di negara ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Dr Mahathir, Akta Harmoni dan Akta Uniti tidak dapat menghalang perbuatan itu daripada berlaku, malah keadaan katanya mungkin menjadi lebih parah apabila pelampau di kalangan rakyat dengan sewenang-wenangnya boleh mengkritik institusi diraja.
Kerajaan ujar Dr Mahathir perlu belajar daripada pengalaman lepas apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan berkaitannya dimansuhkan baru-baru ini. “Kita sudah pun mansuh ISA dan akta bagi membuang daerah penjenayah bersiri. Kita lihat kesan daripada pemansuhan kedua-dua akta ini ialah peningkatan berbagai jenis jenayah. Tetapi hasutan walaupun ada dilakukan tetapi tidak melampaui batas. “Apabila Akta Hasutan digugurkan maka rakyat Malaysia akan bebas menghasut. Kedua-dua akta baru berkenaan dengan harmoni dan uniti tidak akan menghalang hasutan yang akan berlaku,” katanya yang dipetik melalui tulisannya di blog, Chedet, hari ini.

Dr Mahathir turut melahirkan kebimbangan sekiranya perbuatan menghasut sampai ke tahap yang tidak dapat dibendung lagi apabila akta mengenainya dimansuhkan. “Rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi raja juga dihapuskan. “Di Thailand ada undang-undang “Les Mejeste” yang melarang sebarang cemuhan terhadap raja dan institusi raja. Tetapi di Malaysia undang-undang ini tidak ada,” katanya.

Tambah beliau, tidak ada undang-undang di negara ini yang boleh menghalang perkara tersebut berlaku setelah ISA dihapuskan dan sekiranya Akta Hasutan turut dimansuhkan. “Pelampau di kalangan rakyat bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya institusi raja dihapuskan. Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh. “Ramai mungkin yang akan marah terhadap hasutan untuk menghapuskan sistem beraja. Tetapi kerana hasutan dibenarkan mereka yang berminat untuk mendirikan Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka,” katanya.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan huru-hara berlaku dalam negara kesan daripada sikap liberal yang diagungkan di negara ini.-SH/30 Jun 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/