New York:
Lelaki yang dinobatkan sebagai paling tua di dunia, meninggal dunia di
kediamannya di Upper West Side di sini, semalam. Alexander Imich menghembuskan nafas terakhirnya pada jam
9.03 pagi, menurut rakan yang juga penjaganya Michael Mannion dan Trish
Corbett.
Menurut data Kumpulan Penyelidikan Gerontology, Imich
diiktiraf sebagai lelaki paling tua di dunia yang hidup oleh Buku Rekod Dunia
Guinness selepas Arturo Licata dari Itali mati sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya
yang ke-112.
Ketika diwawancara tidak lama dulu, Imich berkata,
usianya yang panjang itu disebabkan ‘gen yang baik.’ Imich dilahirkan di Poland
pada 4 Februari, 1903. Dia berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1951 bersama-sama
isterinya, Wella. Mereka menetap di Connecticut dan dia berpindah ke New
York selepas kematian Wella pada 1986.
Imich dalam wawancara dengan majalah Times berkata,
antara alasan yang mungkin menyebabkan usianya yang panjang ialah tidak
mempunyai anak, aktif bersukan dan tidak minum arak.
0 comments:
Post a Comment