Sponsor

Sunday, June 15, 2014

Rampas Kembali Pulau Pinang,.?..Cerita Ku Nan Dianggap ‘Mimpi Di Siang Hari’..


Parti komponen Barisan Nasional Pulau Pinang perlu baiki kelemahan untuk tawan semula negeri itu, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Gambar fail The Malaysian Insider.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang memperbaiki kelemahan yang ada termasuk masalah dalaman sebelum menumpukan kepada perjuangan masa depan.
Setiausaha Agung BN itu berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi mengelak kesilapan serupa berulang terutama daripada aspek meraih sokongan rakyat. "Setiap wakil rakyat perlu lihat semula apa masalah di kawasan, mereka perlu tahu apa yang mereka perlu buat dan apa yang diperlukan oleh rakyat, kita sedang berdepan dengan peperangan.
"Kita mahu ambil kembali Pulau Pinang yang kita bina, seperti yang semua tahu bukan DAP yang bina Pulau Pinang, agak memalukan kita memberikan negeri kepada orang yang tidak mampu menguruskannya dengan baik," katanya kepada pemberita di George Town, Pulau Pinang hari ini.

Terdahulu ketika berucap merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) 2014, Tengku Adnan berkata dalam perjuangan untuk membawa perubahan, semua pihak perlu mengetepikan kepentingan diri. "Kalau pentingkan individu tertentu percayalah kita tidak akan berjaya. Bukan  mudah untuk kita membuat perubahan tetapi perubahan itu terpaksa kita lakukan untuk masa  depan yang lebih terjamin," katanya.
Sementara itu, Presiden PPP, Tan Sri M Kayveas dalam ucapannya berkata fokus utama parti tersebut ialah bekerjasama dengan parti komponen BN yang lain bagi merampas semula Pulau Pinang.
BN hilang Pulau Pinang kepada Pakatan Rakyat (PR) buat pertama kali semasa Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) pada 8 Mac, 2008. Dalam PRU13, DAP dan PR berjaya mempertahankan negeri itu dengan kemenangan lebih besar. – MI/15 Jun, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/