Sponsor

Monday, June 16, 2014

Tuan Guru Haji Hadi Awang Berterusan Menerima Kunjungan Pemimpin Islam Seluruh Dunia...


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kini sedang berehat di Istanbul terus menerima kunjungan para pemimpin politik di Turki dan antarabangsa.

Selain dari rasa prihatin  Kerajaan Turki pimpinan Racep Tayyib Erdogan yang sentiasa membantu dan memantau perkembangan kesihatan Tuan Guru Abdul Hadi,  para pemimpin gerakan Islam antarabangsa juga sentiasa mengikuti perkembangan kesihatan beliau.

Tuan Guru Abdul Hadi yang telah dibenarkan keluar dari Hospital Medipol Istanbul, kini sedang berehat buat beberapa waktu sebelum pulang ke tanah air.
Semalam beliau menerima kunjungan pemimpin gerakan Islam dari pelbagai negara termasuk Dr. Usamah Hamdan dari pergerakan Hamas Palestin, Dr. Hamzah Mansour dari Jordan, Dr. Abdul Razzak dari Algeria, Dr. Nasir Sanie dari Kuwait,  Dr. Ahmed Waqqar dari Pakistan serta para pemimpin pertubuhan Islam daripada beberapa negara.

"Para pemimpin gerakan Islam yang hadir melahirkan rasa gembira apabila keadaan kesihatan Tuan Guru Presiden semakin pulih dan kembali sihat. "Mereka beranggapan bahawa tenaga serta buah fikiran Tuan Guru Abdul Hadi amat diperlukan bagi memimpin gerakan Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa," kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad.-HD/16 Jun 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/