Wisma Putra berkata ia akan membuat penjelasan
esok berkaitan seorang diplomat Malaysia yang dituduh oleh pihak berkuasa New
Zealand melakukan serangan dengan niat merogol.
Akhbar di New Zealand dihalang daripada mendedahkan nama suspek atau negara asalnya selepas seorang hakim New Zealand mengeluarkan perintah melarang butiran dirinya didedahkan.
Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang diplomat Malaysia yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berpejabat di Wellington.
Menurut Associated Press, polis menahan diplomat
itu pada 9 Mei dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan
niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Bagaimanapun, lelaki itu mendapat kekebalan diplomatik dan telah meninggalkan negara itu.Perdana Menteri New Zealand John Key mendedahkan pagi ini bahawa kerajaannya telah menuntut kekebalan diplomatik lelaki itu diibatalkan, tetapi telah ditolak.-MK/30 Jun 2014

0 comments:
Post a Comment