Selepas beberapa hari menerbitkan laporan mempersoalkan kontroversi Rang Undang Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014, Utusan Malaysia dikritik hebat oleh ADUN Umno dalam sidang negeri hari ini.
ADUN Bukit
Permai Ali Mazat Salleh membidas lidah partinya dan menuntut agar akhbar itu
meminta maaf kerana melakukan 'provokasi' dengan mempersoalkan rang
undang-undang itu.
"Ini
provokasi dan saya minta akbar untuk meminta maaf," kata Ali yang
mengangkat tinggi naskah Utusan Malaysia semalam dengan tajuk 'Wajarkah?'. Beliau
berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang itu di sidang DUN Johor
hari ini.-MK/9 Jun 2014
0 comments:
Post a Comment