Pelbagai pihak kini mahu tindakan diambil bagi mengatasi
gangguan seksual yang dilakukan secara beramai-ramai terhadap seorang wanita
ketika sambutan kemenangan Presiden Abdel Fattah al-Sisi di Dataran Tahrir,
Ahad lalu.
Washington mengecam video berkenaan yang kini tersebar luas dan mahukan pihak berkuasa di Kaherah mengambil tindakan sewajarnya. “Video itu mengejutkan kami sebagaimana ia juga memeranjatkan rakyat Mesir,” kata jurucakap Pejabat Kerajaan AS, Jen Psaki. “Kami menggesa kerajaan (Mesir) supaya melakukan apa sahaja bagi mengatasi masalah gangguan seksual dan menguatkuasakan undang-undang baharu yang boleh mengenakan tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Rakaman
video yang dilakukan dengan menggunakan telefon bimbit menunjukkan sekumpulan
lelaki berasak-asak menganggu wanita itu dan kemudiannya membogelkan dan mencederakannya.
Aktivis terkenal, Zainab Sabet menganggapnya sebagai ‘keganasan seksual’. Katanya, ia berlaku sejak 2012 dan berulang Ahad lalu, sekali gus menunjukkan pihak berkuasa tidak mempedulikannya. Sekurang-kurangnya sembilan kes dilaporkan berlaku minggu lalu ketika sambutan kemenangan presiden.

Seorang wanita cedera akibat melecur selepas dibogelkan dan
disimbah air panas di Dataran Tahrir oleh tiga lelaki, yang juga mencederakan
anak perempuannya. - AFP
0 comments:
Post a Comment