Sponsor

Saturday, June 21, 2014

Moral Dan Pertembungan Idealisme,...Perbuatan ‘Menggugut’ Tidak Menggambarkan Imej Seorang Pelajar Universiti...?..


Pengerusi Pro Mahasiswa UMSKAL Jamhuri Mohamed menerima ugutan apabila mendapati biliknya dipecah masuk dan diconteng. – Gambar Hasnur Faridah Abbah, 21 Jun, 2014.
Pengerusi Pro Mahasiswa, Universiti Malaysia Sabah (UMSKAL), Jamhuri Mohamed hari ini mendakwa menerima ugutan apabila biliknya dipecah masuh dan diletakkan bangkai ayam di atas katil bersama dengan tulisan amaran berbunyi "berambuslah bodoh".

Jurucakap Pro Mahasiswa UMSKAL Hasnur Faridah Abbah berkata kejadian tersebut berlaku sekitar jam 9 hingga 12 malam selepas Jamhuri dan rakannya menghadiri forum yang berkaitan dengan 16 mahasiswa yang dikenakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
"Kejadian dianggarkan berlaku sekitar pukul 9 hingga 12 malam itu disedari beliau sendiri dan rakannya apabila pulang dari forum berkaitan dengan 16 Mahasiswa yang dikenakan AUKU," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru itu, kata Hasnur, satu laporan polis sudah dibuat dan delegasi Pro M UMSKAL berharap insiden ugutan yang berlaku ke atas Jamhuri bukan disebabkan pertentangan pendapat. "Pro M UMSKAL cuma berharap peristiwa yang berlaku ini bukanlah disebabkan polemik pertembungan idealisme di antara mahasiswa kerana jelas perbuatan ini tidak menggambarkan imej seorang pelajar universiti," katanya.

Gambar kiri - Antara bentuk ugutan yang dijumpai dalam bilik.
Antara lain Hasnur berkata, delegasi mahasiswa itu menggesa pihak pengurusan universiti campur tangan dan membantu siasatan termasuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas pesalah. "Pihak Pro Mahasiswa menyeru kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan tindakan yang bercanggah dengan moral manusia ini agar tampil ke hadapan dan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa.
"Pihak pentadbiran universiti juga diharap dapat turut sama membantu dalam siasatan kes dan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya kes sebegini tidak lagi berlaku pada masa hadapan yang boleh menjejaskan keselamatan mahasiswa," katanya.
Jamhuri yang lantang mengkritik pengurusan universiti yang membabitkan 16 orang mahasiswa yang dikenakan AUKU turut berdepan dengan tindakan sama oleh pihak universiti.16 mahasiswa tersebut dikenakan prosiding tatatertib pada 26 Mei kerana dituduh menyertai suatu himpunan yang diadakan pada 26 Februari lalu di hadapan Menara Pentadbiran UMSKAL, bagi membantah tindakan pihak universiti menarik satu lot premis kedai yang diuruskan oleh Sekretariat Masjid selama 6 tahun. – MI/21 Jun, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/