Penderitaan ibu
kepada salah seorang penumpang MH370 menanti kepulangan anaknya tidak pernah
surut walaupun sudah 100 hari pesawat MAS terbabit dilaporkan hilang tanpa
jejak.
Niloufar Vaezi Tehrani, yang kini sedang berjuang melawan kanser payudara tahap kedua berharap untuk mendengar khabar berita tentang anaknya, Pouria Nourmohammadi, 19 yang hilang bersama 238 penumpang MH370 sejak 8 Mac lalu. “Saya akan merujuk kepada pakar psikologi kerana saya bukan sahaja kehilangan anak saya malah saya turut kehilangan kehidupan saya, saya pernah ketinggalan keretapi kerana saya tidak dapat fokus untuk buat apa. “Dan bila saya terjaga, saya akan menonton televisyen dan menggunakan komputer riba untuk mencari bahan berita dan baru sekarang saya sedar banyak hari telah berlalu pergi,” katanya dipetik sebuah portal.

Nourmohammadi
pernah menjadi suspek utama dalam penyiasatan terhadap kehilangan MH370 suatu
ketika dahulu. Siasatan pihak
berkuasa terhadap sistem keselamatan dan pelepasan di lapangan terbang
mendapati Nourmohammadi merupakan salah seorang penumpang yang menggunakan
pasport palsu untuk menyertai penerbangan terbabit.
Dia didakwa sebagai seorang pengganas sebelum siasatan mendapati dia menggunakan pasport palsu dari Malaysia ke Jerman hanya untuk berpindah dan menetap bersama ibunya di sana. “Sebelum kejadian, Nourmohammadi ada menghantar e-mel kepada saya memberitahu dia rindu pada saya dan dia sudah merancang untuk terbang dari Malaysia ke Jerman menggunakan pasport palsu,” jelasnya.
Dalam pada itu, dia turut berharap agar seluruh dunia terus berdoa dan berharap agar pesawat tersebut dapat ditemui dengan segera.-SH/16 Jun 2014

0 comments:
Post a Comment