Penerbangan
Malaysian Airlines (MAS) MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal itu
hilang pada 12.41 tengah malam 8 Mac selepas sejam berlepas dari Lapangan
Terbang Antarabangsa KL dalam penerbangan ke Beijing. Sejak 100 hari pada hari ini, misteri kehilangan MH370 masih belum terungkai
berhubung lokasi paling tepat pesawat itu mengakhiri penerbangannya. Pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu berusia 11 tahun 10 bulan dan model
ke-404 yang bina oleh syarikat Boeing.
Kehilangan itu juga menjadi tajuk berita utama dunia untuk beberapa minggu dengan laporan dan analisis khas mereka dalam memberikan petunjuk kehilangan dianggap antara paling misteri dalam sejarah penerbangan moden.Pencarian itu melibatkan empat lautan yang bermula di Laut China Selatan meliputi Semenanjung Malaysia ke Selat Melaka, Lautan Andaman dan akhirnya ke Selatan Lautan Hindi.
Pelbagai teori dan spekulasi berlegar di laman maya nasib MH370 sejak hari kehilangannya dengan pertamanya mendakwa pesawat itu mendarat di Nanming, China selepas beberapa jam pesawat MH370 disahkan hilang. Pencarian mencari dan menyelamat MH370 digerakkan lebih 20 buah negara melibatkan pelbagai aset udara, darat dan laut serta penggunaan satelit pengimejan berkuasa tinggi milik kuasa besar dunia namun tidak membuahkan hasil positif.
Antara teori MH370 yang popular adalah pesawat itu ‘disorok’ oleh Amerika
Syarikat di pangkalan Tenteranya di Kepulauan Diego Garcia di Lautan Hindi
kerana pesawat itu membawa aset ketenteraan bernilai tinggi. Diego Garcia adalah pangkalan tentera Amerika Syarikat yang mempunyai landasan
kapal terbang yang membolehkan pesawat besar mendarat dan mempunyai kemudahan
untuk ‘menyorokkan’ daripada pandangan satelit. Namun teori disanggah oleh White House yang mengeluarkan kenyataan menafikan
mereka terlibat dalam insiden itu.
Terdapat beberapa petunjuk salah, termasuk tumpahan minyak ditemui di Laut China Selatan dan serpihan. Bagaimanapun semakan kemudian mendapati ianya bukanlah minyak atau serpihan daripada pesawat MH370.

Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan kejadian 13 pesawat
tiba-tiba hilang dari radar kira-kira 25 minit, sebanyak dua kali ketika
melalui ruang udara Austria. Kejadian itu mirip kehilangan MH370 apabila hilang daripada radar di menara
kawalan apabila transponder pesawat itu didakwa dimatikan. Perkara ini diakui organisasi keselamatan penerbangan Austria apabila lokasi
dan maklumat lain untuk 13 pesawat itu hilang secara misteri dari radar.
Sebelum ini, seorang pelayar laut warga Britain mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar berdekatan Thailand pada pagi pesawat MH370 dilaporkan hilang. Menurut laporan media Australia News Corp Australia Network, Katherine Tee memberitahu kerajaan Australia, semasa belayar di Lautan Hindi pada Mac lalu, beliau melihat kepulan asap hitam naik ke langit, dipercayainya berpunca daripada pesawat MH370 yang hilang itu. Beliau ketika itu belayar dari Kochi, India menuju ke Phuket, Thailand bersama suaminya, Marc Horn melihat objek seakan pesawat besar terbakar di tengah laut.
Katanya ketika itu beliau melihat satu objek seolah-olah pesawat panjang mengeluarkan cahaya jingga terang, dengan kepulan asap hitam keluar di belakangnya. Katherine memberitahu akhbar Thailand, Phuket Gazette, semasa malam kejadian antara 7 hingga 8 Mac beliau sedang berjaga di atas kapal layar miliknya yang bersaiz 40 kaki.

Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak didakwa lemah dalam
pengurusan krisis kehilangan pesawat itu apabila kenyataan tidak konsisten
sejak minggu pertama khususnya melibatkan radar awam dan tentera.
Persoalan timbul sikap TUDM yang tidak menghantar pesawat pemintas apabila MH370 hilang dari radar awam di Laut China Selatan dan berada di ruang udara empat negeri Semenanjung Malaysia tanpa sebarang tindakan.
Mantan Panglima Tentera Udara Malaysia, Jeneral Tan Sri Suleiman Mahmud, berkata adalah prosedur biasa untuk memintas sebarang pesawat yang mencurigakan. Menurut beliau antara petunjuk untuk menentukan sesebuah pesawat membawa ancaman atau tidak adalah menerusi transponder.
Pimpinan kerajaan juga dikecam kerana tidak mengambil pendirian sama seperti tragedi Feri karam di Korea Selatan yang memaksa Perdana Menteri Korea Selatan meletak jawatan dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyatnya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata banyak persoalan misteri
kehilangan pesawat itu belum dijawab Kerajaan Malaysia termasuk penjelasan
mengenai kandungan kargo.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 18 Mac menafikan MH370 membawa barangan berbahaya, sebaliknya menyatakan hanya terdapat tiga hingga empat tan manggis dalam pesawat itu.
Namun, empat hari selepas itu beliau mengesahkan pesawat itu membawa muatan bateri lithium ion dan juga platform kayu untuk muatan kargonya.
Dalam satu tinjauan firma penyelidikan bebas, Merdeka Center menunjukkan 50 peratus daripada 513 responden menyatakan rasa tidak puas hati, manakala hanya 43 peratus yang menyatakan rasa puas hati.

MH370 dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang menyertai MAS pada 1981
dan mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam yang dibantu Fariq Ab Hamid, 27,
yang berpengalaman terbang 2,763 jam dan menyertai MAS pada 2007.
“Kita semua meletakkan harapan tinggi supaya pesawat ini akan dijumpai, ditambah dengan keberkatan bulan Ramadan yang bakal tiba, kita banyakkan doa agar pesawat tersebut dapat dijumpai dalam masa terdekat.
“Angka 100 hari merupakan satu jangka masa yang agak lama, tetapi berapa lama pun tempoh yang diambil, masyarakat Malaysia seharusnya tidak melupakan tragedi ini dan turut sama berdoa,” kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.-HD/15 Jun 2014

0 comments:
Post a Comment