Sponsor

Thursday, June 26, 2014

Akhirnya Hakim Yang Menjatuhkan Hukuman Mati Terhadap Saddam Hussin Ditembak Mati...


Hakim Menghukum Mati Saddam Husien Dbunuh Oleh ISIL
Akhirnya Hakim yang menjatuhkan hukuman mati terhadap Saddam Hussin di eksekusi mati oleh Pejuang ISIS sesudah pejuang ISIS menguasai bandar ke dua terbesar Iraq, Mosul.
Menurut laporan, Raouf Abdel Rahman yang digelar sebagai ‘Budak Kafir Amerika’ berusaha untuk melarikan diri tetapi gagal setelah ditangkap pejuang ISIS kemudian dibunuh dengan tembakan dikepala dan bahagian lain nya. 

Beberapa laporan lain juga menyebut bahawa pejuang yang setia kepada ISIS telah menangkap dan mengeksekusi Raouf Abdel Rahman yang menghukum mati mantan Presiden Iraq, Saddam Hussin pada tahun 2006.
Para pejuang ‘Revolusioner Iraq’ menangkapnya dan menjatuhkan hukuman mati sebagai pembalasan atas kematian mantan Presiden Saddam Hussein, kata salah seorang anggota parlimen Yordania, Khalill Attieh pada halaman Facebook-nya, kepada International Business Times, Selasa, 24 Jun 2014.

Laporan pertama kali muncul di Daily Mail Inggris yang mengatakan bahawa pembunuhan Abdel Rahman adalah kerana dia menghukum mati Saddam. Menurut laporan itu, pemerintah Iraq belum lagi mengesahkan pembunuhan keatas hakim Abdel Rahman, namun para pejabat Iraq tidak membantah laporan bahawa Raouf Abdel Rahman ditangkap pejuang ISIS.

Terkini, kemaraan mujahideen ISIS sudah menghampiri kota Baghdad sementara itu, pejuang-pejuang Syiah turut sama memasuki kota Baghdad bagi mempertahankan pemerintahan Nouri Al maliki. –Sumber asal/voa-islam

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/