Mayat mangsa yang berusia 22 tahun ditemui dalam keadaan
bogel dan berselimut di atas tilam dengan kesan lebam di leher dipercayai
akibat dicekik.
Difahamkan, mayat mangsa ditemui ahli keluarganya di
dalam bilik tingkat satu hotel itu selepas mendapat panggilan telefon daripada
suspek yang memberitahu dia bertanggungjawab ke atas kematian mangsa.
Menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, dalam panggilan telefon itu suspek memberitahu dia sudah berada di Perak dan akan membunuh diri dengan meminum racun.
Timbalan Ketua
Polis Petaling Jaya Supritendan Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima
panggilan daripada orang awam jam 4 petang semalam berhubung penemuan mayat
mangsa.-MetroMenurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, dalam panggilan telefon itu suspek memberitahu dia sudah berada di Perak dan akan membunuh diri dengan meminum racun.
Update:Suspek Telah Ditahan Polis..
Suspek kes pembunuhan gadis berusia
22 tahun di sebuah hotel bajet di Kelana Jaya berjaya ditahan di Teluk Intan,
sebentar tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supritenden
Fadil Marsus berkata, suspek ditahan di Hospital Teluk Intan selepas cuba
membunuh diri dengan meminum racun.
Suspek sebelum ini dipercayai melarikan
diri selepas membunuh adik iparnya dan sempat memberitahu ahli keluarga
isterinya untuk pergi ke hotel bajet selain memberitahu hasratnya untuk
membunuh diri.-Metro
0 comments:
Post a Comment