Gambar fail- Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul
Azhar Umar meninggalkan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada Ogos tahun lalu
selepas Mahkamah Rayuan membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh Altantuya
Shaariibuu.
Seorang bekas
polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh
warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 ditahan awal hari ini selepas
ditangkap berkhalwat dengan seorang polis wanita yang sudah berkahwin di
Sepang. Lelaki berkenaan yang sebelum ini
bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman ditangkap di sebuah unit kuarters
polis di Sepang bersama seorang wanita oleh suami wanita terbabit pada jam 1.20
pagi. Suami berkenaan, seorang anggota polis
yang bertugas di unit kereta peronda, pulang ke rumah untuk memeriksa sama ada
isterinya di rumah dan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu
berkunci. Selepas memeriksa dengan lebih lanjut, beliau
mendapati bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil dalam bilik tidur.
Ketua Polis Sepang, Superintendan Mohd
Yusoff Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes itu diserahkan kepada
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya. “Polis membuka fail tindakan disiplin
terhadap polis wanita itu. Lelaki itu, bagaimanapun, tidak tertakluk kepada
tindakan disiplin kerana bukan lagi anggota polis. Kes ini akan dikendalikan
oleh Jais,” kata Yusof kepada The Malaysian Insider.
Beliau enggan mengesah atau menafikan
lelaki yang ditahan itu adalah orang yang sama disabitkan membunuh Altantuya
dan kemudian bebas dalam kes rayuan. “Saya belum melihatnya. Saya tidak tahu
bagaimana rupanya jadi saya tidak boleh beritahu kamu,” katanya.
Difahamkan nama lelaki berkenaan dalam
laporan polis ialah Azilah Hadri, nama yang sama seperti Ketua Inspektor Azilah
Hadri iaitu salah seorang daripada dua komando yang dibebaskan pada Ogos tahun
lalu selepas mahkamah membenarkan rayuan selepas mereka disabitkan bersalah
dalam kes pembunuhan Altantuya.
Secara kebetulan, lelaki yang ditangkap
awal hari ini juga adalah bekas pegawai polis yang pernah bertugas di Skuad
Tindakan Khas di Bukit Aman, unit yang sama dengan Azilah sebelum beliau
ditahan pada 2006.
Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan
membebaskan Azilah dan bekas corporal Sirul Azhar Umar selepas menterbalikkan
sabitan terhadap mereka dalam kes bunuh Altantuya. Azilah dan Sirul dituduh bersama dan
disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh
Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada Oktober, 2006.
Kedua-duanya pada masa itu bertugas
dengan Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan
Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu adalah timbalan perdana menteri
dan menteri pertahanan. – MI/19 Jun, 2014.
0 comments:
Post a Comment