Salah seorang penulis dan wartawan Mesir, Jamal Bakhit,
mengeluarkan kenyataan yang merendahkan keutamaan kepada sahabat baginda Rasulullah
SAW yakni Amirul Mukminin Saidina Umar bin Khatab ra.
Menurut Jamal Bakhit, Umar bin Khatab bukanlah salah satu
lambang kepemimpinan dalam sejarah Islam, melainkan hanyalah seorang tokoh
biasa. “Umar bin Khattab bukanlah lambang (dalam sejarah) Islam, melainkan
pemimpin biasa, sebagaimana halnya tokoh-tokoh lain dalam sejarah peradaban
manusia, apapun latar belakang agamanya,”... kata Bakhit dalam sebuah wawancara
dengan media.
Pernyataan seperti ini sudah jelas menunjukan puak Kudeta
Militer Mesir serta pihak-pihak yang mendukungnya cuba melakukan pelbagai
keupayaan untuk memperlecehkan Islam. Mereka menggunakan pelbagai saluran
termasuk media kewartawanan bagi mempengaruhi umat Islam agar ‘menyimpang’ dari
kefahaman Islam sebenar menepati kehendak dan syariat Allah SWT. ‘Serangan’
untuk menidakkan seorang sahabat Baginda Rasulullah seperti Saidina Umar Al
Khatab menyamai amalan Puak Syiah yang amat membenci para Sahabat Baginda.
Baru-baru ini juga, pihak berkuasa Mesir (polis)
mengeluarkan larangan keras untuk menampal poster dan sebaran ‘menyeru
Berselawat keatas Nabi Muhammad SAW’ seperti di kenderaan awam dan persendirian
serta dimana saja dengan alasan perkara tersebut akan menimbulkan konflik
antara Rakyat....pelik...?
Sumber asal/Dakwatuna/Islamemo...
0 comments:
Post a Comment