Sponsor

Wednesday, June 25, 2014

Menteri Tidak Perlu Kecewa Dengan Kenyataan Instagram Wardina,..Sepatutnya ‘Terima Teguran Sebagai Satu Pengajaran’...

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim melahirkan kekecewaan terhadap selebriti terkenal, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 35, yang mengeluarkan kenyataan menerusi Instagram miliknya, kelmarin, apabila membuat perbandingan antara Malaysia dan Australia dalam saluran bantuan kepada orang kelainan upaya (OKU).
Kenyataan itu dipaparkan Wardina berhubung penemuan seorang remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui kebuluran di rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu, sekali gus menggemparkan negara.
Dalam kenyataan itu, Wardina mendakwa kerajaan mengabaikan kebajikan OKU, tidak seperti Australia yang menyalurkan bantuan bulanan tinggi kepada ibu bapa kanak-kanak, malah disuruh berhenti kerja bagi memberi fokus menjaga anak mereka.

Rohani berkata, kenyataan terbabit tidak berasas sama sekali kerana pihaknya sangat mementingkan kebajikan golongan berkenaan dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan. “Penemuan adik Muhammad Firdaus yang menghidap penyakit ‘cerebral palsy’ ditemui Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman yang mewakili kerajaan Malaysia. “Lihatlah selepas empat hari penemuan remaja itu, dia dibantu dan dibela kerana pihak kami sangat mementingkan kebajikan OKU,” katanya dalam sidang media selepas melawat Muhammad Firdaus di Hospital Tuanku Jaafar, di sini, semalam.
Menurut Rohani, ibu remaja itu dikenali sebagai Lola, 40, tidak pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, malah tiada aduan diterima mengenai nasib malang remaja terbabit daripada jiran, penduduk setempat, pemimpin atau saudara mangsa.- Metro 25 Jun 2014
Terdahulu, Wardina dalam kenyataan menerusi Instagram berkata penemuan remaja lelaki OKU yang dikurung dan diabaikan ibu bapanya berpunca daripada kegagalan mendapatkan bantuan kerajaan ekoran kelemahan polisi dalam memberi peruntukan kepada golongan tersebut. "Ini berlaku salah satunya berpunca daripada ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan," katanya dipetik daripada laman Instagram.
Wardina yang merupakan salah seorang Ahli Majlis Perpaduan Nasional (MPKN)  turut membandingkan peruntukan dan keistimewaan diberikan negara “kafir” kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU berbanding Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam. "Ya, itu negara kafir. Anak istimewa dan OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah. “Saya mahu bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,” katanya.
Wardina memberi contoh negara Australia di mana ibu bapa yang mempunyai anak OKU diberikan pelbagai peruntukan seperti elaun bulanan selain dapat menjalani sesi terapi dengan percuma. Selebriti itu berkata, dengan segala kemudahan yang diberikan Australia kepada golongan demikian membuktikan betapa kerajaan negara itu memahami kesukaran dan kesulitan ibu bapa membesarkan anak OKU.
“Malah kawan saya mempunyai anak OKU, kedua-dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU. “Anak OKU dihantar  terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun," katanya.-Ruj MI/23 Jun 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/