Sponsor

Tuesday, June 17, 2014

Larangan Masuk Sarawak,...PERKASA ‘Membalas Serangan’ Kumpulan Kristian Sarawak...

Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menuntut agar larangan dikenakan terhadap kumpulan penganut Kristian Sarawak untuk memasuki Semenanjung memandangkan mereka mencadangkan untuk mengharamkan pihak berkuasa agama Selangor memasuki Sarawak.
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali menegaskan, pihak gereja Sarawak sebelum ini bebas bergerak memasuki Semenanjung ketika prosiding mahkamah berjalan terhadap akhbar penerbitan mingguan Herald di Putrajaya.
"Perkasa juga minta kumpulan Kristian yang meminta anggota Mais dan Jais dilarang masuk ke Sarawak juga dihalang masuk ke Semenanjung," katanya merujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor  (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Syed Hassan turut berkata, kumpulan berkenaan tidak berhak membuat tuntutan sedemikian. "Selama ini pihak gereja dari Sarawak yang kerap berulang-alik memberi sokongan kepada Herald dalam tuntutan menggunakan kalimah Allah dalam semua terbitan Melayu mereka. "Tidak pernah pihak Islam Semenanjung menggesa mereka dihalang masuk ke Semenanjung. "Mereka bebas keluar masuk tanpa kita sekat. Apa hak mereka nak halang orang Semenanjung ke Sarawak?" kata Syed Hassan.

Pertelingkahan berterusan terhadap rampasan 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh pihak berkuasa agama di Selangor mencetuskan kemarahan penganut Kristian Sarawak yang kini menuntut negeri itu melarang pegawai penguatkuasa Jais dan Mais daripada memasuki negeri berkenaan.-MK/17 jun 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/