Sponsor

Monday, June 9, 2014

[Bergambar] Penemuan ‘Unik’ Puluhan Mumia Diruang Gereja Salib, Brno...

Tidak banyak fakta yang dijelaskan mengenai penemuan puluhan Mumia di bawah ruang tanah Gereja Salib Suci di Brno, Republik Ceko. Bagaimanapun, Gereja Salib ini mencatatkan koleksi ‘unik’ nya yang tersendiri dengan penemuan puluhan ‘Mumia’ yang diletak khas secara tersusun. Kerangka Mumia ini baru saja ditemui dan terbuka untuk lawatan umum.
Menurut sumber, Ruang bawah tanah Gereja ini direka khas dengan struktur tanah dan sistem ventilasi yang unik untuk ‘menguburkan’ dan peng’awet’an mayat dengan ruang terbuka.
Difahamkan mayat-mayat ini adalah terdiri dari para Biarawan berdasarkan awetan mayat dalam keadaan tangan menyilang di dada dan kesemua mereka memegang ‘rosario’. Terdapat juga sebahagian pengunjung gereja yang sudah meninggal dan di mumiakan bersama.
Pemakaman secara Mumia ini dicatatkan berlaku ratusan tahun dahulu dan berakhir pada abad ke 18. Tiada fakta lengkap yang menjelaskan nya, namun ianya mengambil kira dari tarikh bagunan gereja ini dibina iaitu sekitar tahun 1765. Kini hanya tinggal sekitar 24 kerangka Mumia yang masih ada di Gereja itu.
Lihat Gambar..




Dari pelbagai sumber...

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/