Sponsor

Saturday, June 7, 2014

Tinggalkan Istana Demi ‘Mendambakan’ Cinta Sejati Rakyat Biasa...

Puteri Noriko dan calon suaminya / Foto: copyright dramafever.com 

Ramai  wanita inginkan kehidupan mewah apatah lagi jika dilahirkan dalam keluarga kaya. Bergelar anak Raja atau anak bangsawan serta dihormati. 
Dari sesetengah Negara, keturunan Raja atau Bangsawan meletakkan adat tertentu agar warisan mereka terus terpelihara umpamanya anak raja mesti bertemu jodoh dengan keturunan di raja juga jika ingin terus bergelar ‘keturunan bangsawan’.
Namun pada sisi  yang lain, ketika seorang puteri Diraja menemukan pilihan hatinya yang merupakan lelaki biasa, dia pula rela untuk meninggalkan gelaran bangsawan dan meninggalkan istana.

Hal ini terjadi pada Puteri Noriko (25 tahun) dari Jepun. Dia adalah cucu Maharaja Akihito dan memiliki gelaran ‘Princess Noriko of Takamado’. Puteri Noriko memutuskan untuk melepaskan gelaran kerajaan yang dia miliki sejak kecil dan meninggalkan istana setelah berkahwin. Meskipun nampak amat menyedihkan, namun keluarga Diraja Jepun berbahagia ketika mengumumkan rencana pernikahan itu..

Puteri Noriko akan berkahwin pada musim gugur tahun ini dengan lelaki pilihan hati  bernama Kunimaro Senge. Sebenarnya, Kunimaro juga bukan lelaki sembarangan, walaupun terdiri dari rakyat biasa namun beliau dari kalangan keluarga yang dihormati dari Pemimpin Kuil Agung Izumo Taisha. Tujuh tahun lalu, mereka berkenalan dan sudah saling menyintai. Ketika pertama kali bertemu, Puteri Noriko masih berstatus mahasiswi di Universiti Gakushuin, Tokyo.

Kisah cinta mereka bersemi bagaikan dongengan. Mereka pertama kali bertemu ketika Puteri Noriko dan ibunya mengunjungi kuil di danau Shinji. Ketika itu, Puteri Noriko kagum dengan keindahan alam kuil dan burung-burung yang ada di sana. 
Kunimaro ‘berkesempatan’ menemani Puteri Noriko untuk melihat-lihat dan bersiar sekitar kuil dan memotret pemandangan indah di sekitar danau...Suasana romantik itu lah memungkinkan keduanya sempat mengungkap bibit cinta antara mereka...

Pihak keluarga diraja tidak mempermasalahkan status Kunimaro ketika menjalin hubungan dengan Puteri Noriko. Cumanya, bersesuaian dengan peraturan istana, Puteri Noriko harus melepaskan gelarannya dan meninggalkan istana setelah berkahwin dengan rakyat biasa. Meskipun demikian, keluarga tetaplah keluarga walaupun Puteri Noriko melepas gelaran nya. Ketika ini pihak istana sudah mulai mempersiapkan pesta perkahwinan menjelang musim gugur nanti..

Selamat untuk Puteri Noriko dan Kunimaro Senge.- 
Female/dramafever.com.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/