Sponsor

Monday, June 23, 2014

‘Serah Dulu Harta Warisan’,.... Barulah Engkau Akan Di Nikahkan...!..

Bagaikan disambar halilintar, begitulah perasaan seorang gadis berasal Arab Saudi ini bila mengetahui dia harus membayar 500 ribu rial kepada bapa saudaranya kerana ingin berkahwin segera agar tidak kehilangan kesempatan dan menjadi ‘perawan tua’..

Ceritanya bermula ketika ayahnya meninggal dunia dan selepas itu dia telah dipelihara oleh bapa saudaranya sendiri sekaligus bapa saudaranya adalah wali pernikahan nya. Ketika kemuncak usianya 20 tahun, ramai juga pemuda datang melamarnya , hasrat untuk menjadikan nya ‘suri rumahtangga’ yang sah, namun setiap kali itulah peminangan tersebut ditolak oleh bapa saudaranya. Bukan sekali malah sepanjang meniti usia dari umur 20 hingga 30 tahun, setiap kali ada peminangan, setiap kali itulah peminangan tetap ditolak tanpa sebab yang munasabah.

Kerana bimbang dirinya menjadi ‘perawan tua’, beliau telah memberanikan diri untuk bertanya kepada bapa saudaranya. ‘Tak sanggup lagi menahan rasa, benggong terhadap sikap bapa saudaranya, entah apa alasan lagi menolak seluruh lamaran terhadap dirinya...!..
Tak disangka-sangka,...Bapa saudaranya mengatakan, bahawa diri gadis itu tidak akan dinikahkan selagi dia tidak menyerahkan harta warisan dari ayahnya yang meninggal. ‘Terkapa-kapa mendengar ‘ancaman’ dari bapa saudaranya itu, pada hal gadis itu tahu bahawa harta peningalan ayahnya tak sampai setengah juta real pun. Tapi apa boleh buat..?..
Tidak mematahkan semangat nya, gadis ini cuba mendapatkan bantuan perundangan untuk menyelesaikan masaalah ini. Dia menyusun rencana untuk mendakwa bapa saudaranya dengan ‘adhol’ [ Ketika wali menolak menikahkan tanpa alasan yang dibenarkan ]..Namun menurut salah satu pengacaranya agar hal ini diselesaikan secara kekeluargaan.

Akhirnya gadis tersebut setuju untuk melepaskan seluruh hak warisannya kepada bapa saudara yang langsung menikahkan gadis tersebut dengan seorang pemuda yang meminangnya....


Sumber asal/Gemaislam/alarabiya.net/14/6/2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/