Sponsor

Tuesday, June 24, 2014

‘Pelik Bin Ajaib’... Macamana Lembu Boleh Naik Atas Bumbung....?..


Lembu atas bumbung
LEMBU dari Bern, Switzerland ini mungkin sudah puas hidup di atas tanah dan ingin mencuba sesuatu yang baharu. Ia dikatakan naik ke atas bumbung dan terperangkap kerana tidak boleh turun.

Pada awalnya, haiwan itu dipercayai sedang meragut rumput terletak di belakang rumah tersebut. Selepas beberapa ketika, ia mula berpindah ke kawasan lain lalu memanjat rumah itu. Pemiliknya, Dieter Mueller berkata, lembu berkenaan adalah salah seekor lembu peliharaannya yang sering mendatangkan masalah. "Ia selalu buat hal dan buat saya marah," katanya kepada Mirror Daily.

Sementara itu, jiran Rolf Steiner berkata, dia seperti tidak percaya apabila melihat seekor lembu di atas bumbung dan menyifatkan kejadian itu sebagai luar biasa.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/