Susulan tahap
kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terjejas ketika berada di
Istanbul bulan lalu, beliau kini sedang menjalani pemeriksaan perubatan susulan
di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menziarahi ahli Parlimen Marang itu petang tadi.
"Seluruh keluarga PKR mendoakan agar Tuan Guru Abdul Hadi akan bertambah sihat, dan semoga dipermudah dalam menjalankan amal ibadat bulan Ramadan al-Mubarak ini," katanya Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan medianya, hari ini. Hadir sama Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar.
Abdul Hadi pulang ke Malaysia pada 18 Jun lalu selepas diberi kebenaran oleh doktor yang merawatnya di sebuah pusat perubatan di Turki. Bekas Menteri Besar Terengganu itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Turki setelah mengalami sesak nafas semasa menghadiri satu persidangan di Istanbul pada Mei lalu.-SH

0 comments:
Post a Comment