Sponsor

Saturday, June 28, 2014

Zahid Hamidi - 'Saya Simpati Dengan Beliau Tetapi Itulah Harga Yang Perlu Beliau Bayar Kerana Mulut Celupar'...

Kejadian yang menimpa Adun Seri Delima, R.S.N. Rayer pagi ini adalah akibat dari "mulut celupar" beliau, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Sebagai ahli politik, saya simpati dengan beliau tetapi itulah harga yang perlu beliau bayar kerana mulut celupar," kata Zahid selepas majlis penutup pengiktirafan pengawal keselamatan di Kuala Kubu Baru, hari ini.
Zahid mengulas penemuan kepala lembu yang masih berdarah dan tanpa kulit di depan pintu pagar rumah Rayer pagi ini. Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang mengenai isu itu.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang membuat siasatan ke atas kes itu. "Kami sedang siasat," katanya tanpa mengulas panjang.
Rayer, yang diserang ahli Umno ekoran kenyataan "Umno celaka" dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang lalu, berkata kepala lembu itu ditemui isterinya di depan pagar rumah mereka pagi ini. "Dia melihatnya kira-kira jam 6.45 pagi. Ia penuh dengan darah dan telah disiat kulit," kata Adun dua penggal itu kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, Rayer enggan mengaitkan kejadian tersebut dengan kenyataannya di DUN Pulau Pinang bulan lalu. "Saya tidak mahu kata ia ada kaitan dengan itu... tetapi ini kejadian pertama saya hadapi sejak kejadian itu. "Saya akan membuat laporan polis sekejap lagi dan biarkan mereka menyiasatnya," kata Rayer, yang merupakan seorang peguam.

Lembu dianggap suci oleh penganut Hindu. Rayer dan keluarganya adalah penganut Hindu. MI/28 Jun, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/