Sejumlah
model dan artis terkenal Indonesia diyakini terbabit dalam sindiket pelacuran
yang mengenakan bayaran antara Rp15 juta (RM4,000) hingga Rp25 juta (RM6,680). Kegiatan itu terbongkar selepas
polis Jawa Timur menahan seorang model berasal dari Surabaya di sebuah bilik
hotel empat bintang.
Jurucakap polis berkata, model
berusia 25 tahun itu mengenakan bayaran Rp15 juta sebelum bersetuju melayan
kehendak seorang lelaki tempatan. “Selepas ditangkap dan dibawa ke
balai polis untuk disoal siasat, model itu mengaku tidak beroperasi sendirian,
malah ada ejen yang mencari pelanggan,” katanya.
Jurucakap polis itu berkata, ejen terbabit juga bukan sembarangan, sebaliknya seorang
penyampai televisyen dan pengelola majlis keraian. Hasil maklumat berkenaan, katanya,
penyampai televisyen itu juga ditangkap. Selain suspek, polis juga merampas pelbagai barang bukti, termasuk wang tunai,
dua telefon BlackBerry dan kondom terpakai.
Kata jurucakap terbabit, penyampai
televisyen itu mendakwa model yang ditangkap itu bukan satu-satunya selebriti
yang ditawarkan untuk ditiduri. “Dia mengaku ada stok model dan artis yang boleh dibayar untuk memuaskan nafsu. “Sekurang-kurangnya ada 25 selebriti
yang boleh disewa melalui penyampai televisyen berkenaan,” katanya.
Pegawai kanan polis Jawa Timur, Heru Purnomo pula berkata, kes berkenaan sedang
diteliti. “Kami masih cuba mendapatkan
maklumat lanjut untuk mengetahui sejauh mana aktiviti ini beroperasi,” katanya.
Sumber pula berkata, kegiatan penyampai televisyen itu sudah berjalan sejak
beberapa tahun lalu. Katanya, sebahagian besar pelanggan
mereka ialah lelaki golongan atasan atau ahli perniagaan. “Kebanyakan urusan mereka berjalan
melalui Facebook atau telefon, termasuk penetapan harga dan lokasi,” katanya./Agensi
0 comments:
Post a Comment