Tindakan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) mengambil jenazah
seorang wanita yang dikatakan sudah memeluk Islam daripada upacara
pengkebumian Cina menyebabkan kekecohan.
Pegawai Jaipp tiba
di Lebuh Macallum, di mana upacara perkebumian itu diadakan pada jam 1.20
petang, 20 minit selepas polis sampai ke tempat kejadian yang memaklumkan
keluarga si mati agar menghentikan majlis itu.
Selepas beberapa
jam berbincang, pegawai Jaipp membawa jenazah itu pada kira-kira jam 3.50
petang dengan sebuah van dan dihantar ke rumah mayat untuk penyiasatan lanjut.
Kejadian ini mengejutkan keluarga si mati yang tidak
mengetahui pelayan Teoh Cheng Cheng, 38, sudah memeluk Islam.
The Star online melaporkan, Teoh memeluk Islam 17 tahun lalu dan
mempunyai seorang teman lelaki beragama Islam. Nama Islamnya adalah Nora Teoh
Abdullah.
Ibunya Tan Ma Suan,
64, mempersoalkan mengapa Jaipp mengambil masa begitu lama untuk bertindak jika
benar anaknya sudah memeluk Islam.
Dia bertanya,
kenapa jabatan itu datang pada hari perkebumian dan berkata, mereka sedang mempertimbangkan
untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap jabatan itu. Teoh meninggal
dunia Sabtu lepas selepas jatuh di pangsapurinya. – MI/9 Jun, 2014.
0 comments:
Post a Comment