Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata
beliau bimbang Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin gagal menasihati
Sultan Johor dalam isu Rang Undang-undang lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.
Menurut beliau walaupun pindaan pada rang
undang-undang tersebut, Khaled mungkin tunduk kepada adat tradisi negeri Melayu
yang menganggap sultan sebagai ketua.
"Ini adat Melayu, jika sultan berkata sesuatu, ia
mesti diikut dan saya bimbang bukan dia (MB) yang menasihati Sultan tapi Sultan
yang akan nasihat dia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas
menyampaikan ucap utama Bengkel dan Anugerah Human Life Advancement Foundation
(HLAF) hari ini.
MK/9 Jun 2014
0 comments:
Post a Comment