Bapa kepada pengantin yang diserbu jabatan agama dalam
perkahwinan Hindu baru-baru ini menegaskan anaknya seorang Islam. Abdul Majeed Gulam Kade berkata, anaknya, termasuk
Zarina Abdullah Majid, dilahirkan oleh pasangan beragama Islam – iaitu beliau
dan isterinya Vasantha yang memeluk Islam, lapor The Star.
“Mereka dilahirkan oleh ibu bapa Islam dan ia
menjadikan mereka juga Islam,” beliau dipetik sebagai berkata.
Selain Zarina, 32, anak-anak lain pasangan itu ialah
Shahull Sallah, 30 ,Zaleha, 28 dan Abdul Gulam, 24.
Abdul Majeed, 54, berkata, isterinya yang kemudiannya
memakai nama Zainab tidak akan membiarkan mana-mana anaknya meninggalkan
agama Islam.
Kenyataan bapanya itu bertentangan dengan dakwaan
Zarina bahawa bapanya mendaftarkannya sebagai seorang Islam tanpa pengetahuan
keluarga. Zarina juga sebelum ini mendakwa dibesarkan ibunya
yang beragama Hindu dan mengamalkan ajaran agama itu selepas bapanya
meninggalkan keluarga.
MK/7 Jun 2014
0 comments:
Post a Comment