Sponsor

Thursday, June 5, 2014

‘Nasi Sudah Menjadi Bubur’ Yang Terpaksa Ditelan Rakyat Mesir...

Meskipun penuh dengan persoalan, kecurangan dan keprihatinan, Kerajaan sementara Mesir tetap angkuh untuk mengadakan pungutan suara bagi menentukan siapa pemimpin mereka. Hasilnya sudah diduga dari awal lagi, bekas Menteri Pertahanan Abdul Fattah al-Sisi bakal terpilih untuk ‘melanyak’ rakyat Mesir untuk lima tahun kehadapan.
Ramai yang menganggap pemilihan umum Mesir hanya sekadar ‘lakonan politik’. Di tengah-tengah unjuran populariti tinggi As Sisi namun lawannya hanya Hamdeen Sabbahi. Satu nama yang memang tidak pernah gemilang dalam arena politik Mesir. Tiba-tiba nama Hamdeen muncul sebagai penentang kepada As Sisi. Tidak pelik jika difikirkan secara mendalam..?..Ibarat sebuah filem yang dihasilkan, mesti ada watak yang menentang untuk ‘menonjol’kan seorang ‘Hero’ yang dianggap penyelamat kepada Rakyat.

Kehadiran Hamdeen Sabbahi pada pemilihan itu hanya ibarat ‘tudung periuk’ agar Mesir terlihat menjunjung tinggi demokrasi... demikian ungkapan sebahagian dari pengamat politik.
Pelbagai cara menjadikan As Sisi sebagai pemimpin juga terletak kepada badan yang mengendalikan pemilihan termasuklah memberikan ‘masa tambahan’ dengan alasan ‘memberikan peluang yang lebih meluas terhadap warga menggunakan hak bersuara’.. Jesteru itu, ramai penganalisis sudah menganggap pemilihan ini sudah hilang kredibiliti. Seorang penulis tersohor Mesir, Muhammad Ali Hagar menyatakankan tambahan hari itu adalah satu bukti, apa pun yang dilakukan ianya hanya semata-mata untuk mempastikan agar As Sisi agar beroleh kekuasaan...  ‘Mereka (Sisi) mungkin tidak akan mendapatkan suara secukupnya hingga terpaksa memperpanjangkan proses pungutan suara ke sehari lagi’,..kata Hagar.
Dalam hal ini, timbul banyak pertanyaan terhadap Badan Pemilihan umum Mesir...dari jumlah rakyat Mesir yang layak memberi suara, tapi hanya 37 % sahaja yang berbuat demikian dan ini amat jauh berbeza dengan jumlah rakyat yang keluar memberikan suara sebanyak 52 % ketika pemilihan yang memenangkan Presiden sah Dr Mohd Mursi dua tahun lalu...?.. 
Akhirnya, apapun kekecewaan yang bakal dihadapi rakyat Mesir, ‘nasi sudah pun menjadi bubur’, natijahnya terpaksalah ditelan jua dengan menggengam ‘sebuah harapan’... Harapan agar Mesir kembali kepada ‘Demokrasi’ yang sebenarnya....
Tiang Seri/5 Jun 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/