Sponsor

Thursday, June 5, 2014

Simbol ‘The Hunger Games’ Sebagai Lambang Penentangan Terhadap Regim Tentera Di Thailand...

Kumpulan antirampasan kuasa di Thailand kini menjadikan simbol tiga jari yang dipaparkan menerusi filem Hunger Games sebagai lambang penentangan baharu di negara tersebut.

Menurut AFP, isyarat itu telah menjadi simbol tidak rasmi bantahan mereka terhadap junta tentera yang telah menggantung demokrasi dan menyekat kebebasan bersuara serta media di Bangkok.
Aktivis terkenal, Sombat Boonngamanong berkata, simbol tiga jari tersebut adalah sebagai usaha untuk menuntut hak asas politik di negara yang kini dikuasai Ketua Tentera, Prayuth Chan-O-Cha.


Pada asalnya, isyarat dalam filem Hunger Games tersebut adalah sebagai tanda terima kasih, kagum dengan sesuatu  atau untuk mengucapkan selamat tinggal. Bagaimanapun, ia kemudiannya menjadi simbol penentangan terhadap rejim totalitarian (pemerintahan dikuasai seorang individu).

Susulan daripada itu, tentera telah memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang berhimpun dan menunjukkan simbol tersebut.  
 
Dalam perkembangan lain, junta tentera telah menamatkan perintah berkurung di pusat pelancongan utama di Pattaya, Koh Samui dan Phuket selepas ia dikuatkuasakan pada 22 Mei lalu. "Ia sebagai usaha untuk memulihkan semula sektor pelancongan domestik," menurut tentera.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/