PM: Kajayaan kita tak datang bergolek
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata kerajaan akan terus komited dalam memikul tanggungjawab sebagai kerajaan yang beramanah dan berakauntabiliti.
Beliau berkata kejayaan negara selama ini bukanlah dicapai dengan mudah, dan kerana itu ia harus dijaga dan dipelihara sebaik mungkin bagi memastikan ia tidak disia-siakan.
Beliau berkata kejayaan negara selama ini bukanlah dicapai dengan mudah, dan kerana itu ia harus dijaga dan dipelihara sebaik mungkin bagi memastikan ia tidak disia-siakan.
"Sememangnya pun, kejayaan kita selama puluhan tahun ini bukannya datang melayang-layang. Tidak juga tiba bergolek-golek antara kemilau senja dan terbitnya mentari pagi. Jika ia tidak dijaga, segalanya akan pergi sepantas kilat.
"Sebab itulah, Kerajaan Tuanku tidak akan sesekali membiarkan negara yang dibina dengan keringat dan jerih payah ini daripada dirosakkan oleh badai kepunahan, angkara mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya ketika menyampaikan ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (atas) sempena hari keputeraan rasmi Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.-
MK/7 Jun 2014
0 comments:
Post a Comment