Abdul Khalid berkata demikian bagi mengulas jika beliau kalah
dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi merebut jawatan Timbalan
Presiden.
Katanya, tidak ada syarat mengatakan jika kalah dalam jawatan
parti maka seseorang itu perlu meletak jawatan. “Itu tidak perlu. Tidak ada dalam
syarat jika kalah, maka seseorang perlu mengakhiri tugasnya.
“Jika kamu memegang jawatan yang sudah dilantik, maka masih lagi
perlu menjalankan tanggungjawab itu sehingga pilihan raya akan datang,” katanya
dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan sempena Ramadan, di
Kampung Perigi Nenas, di sini, hari ini. Abdul Khalid menegaskan beliau akan meneruskan jawatannya
sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan Menteri Besar.
Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak Abdul Khalid meletak
jawatan sebagai Menteri Besar ekoran kononnya beliau gagal menyelesaikan
beberapa isu negeri dan berkemungkinan gagal merebut jawatan Timbalan Presiden. Abdul Khalid juga gagal
mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan
PKR kali ini.
Dalam pemilihan Timbalan Presiden, Abdul Khalid berdepan dengan
penyandang Timbalan Presiden, Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Nasution.-SK/28 Jun 2014
0 comments:
Post a Comment