Sponsor

Monday, June 30, 2014

Majlis Profesor Negara (MPN) Digesa Nyatakan Bantahan Terhadap Penyingkiran Pengarah UMCEDEL..


dr dzul green 01
Majlis Profesor Negara (MPN) digesa supaya bangkit menyatakan bantahan terhadap tindakan parti politik sempit yang menyingkirkan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zulkifli Ahmad, berkata MPN perlu berani membuat tentangan terhadap kes seperti itu demi kelangsungan institut pengajian tinggi (IPT) seterusnya melahirkan ahli akademik yang kreatif, bebas dan berintegriti.
Katanya, tindakan segera itu perlu ditangani bagi mengelakkan kejadian seperti itu berlaku lagi pada masa hadapan. “Kita tidak mahu lagi politik sempit, politik membunuh dan politik dendam ini merebak kepada cendiakawan dalam IPT. “Seharusnya, golongan ini berani menyatakan kebenaran juga membela rakan kerana mungkin akan datang mereka pula akan menjadi mangsa seperti Prof Mohamad Redzuan yang dikatakan melangkaui batas dan garis yang dibenarkan Umno serta Barisan Nasional (BN),” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Dr Zulkifli yang juga bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) mahu menteri yang bertanggungjawab tidak membisu dan memberi alasan sewajarnya ekoran tindakan Kementerian Pendidikan itu. “Tindakan BN ini adalah tindakan yang sangat mundur. Malang bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kononnya melaungkan transformasi tetapi melakukan tindakan mundur. “Kementerian perlu berani bukannya membisu jika tidak akan lahirnya pensyarah kangkung, ‘cap ayam’ dan mundur jika mereka tidak diberi kebebasan,” katanya.
Beliau turut menyifatkan tindakan pemecatan itu sebagai langkah ke belakang yang sangat mengaibkan IPT. “Saya ingatkan kepada pemimpin politik, jangan sampai kemajuan IPTA terhalang dek kerana sikap mereka yang menyebabkan kebebasan ahli akademik disekat. “Dulu, IPTA seperti Universiti Malaya (UM) adalah universiti yang hebat, tetapi kerana sikap pemimpin politik menjadi punca kejatuhan kedudukan IPT di Malaysia. Pemimpin politik ini menunjukkan sikap yang menekan ahli akademik,” katanya.
Beliau berkata, tindakan Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan UM berkuatkuasa hari ini itu juga bertepatan.-SK/30 Jun 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/