Sponsor

Sunday, June 29, 2014

Majoriti Rakyat Selangor Mahu Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) Kekal Sebagai MB...

Majoriti penduduk Selangor terus menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus menerajui pentadbiran sebagai orang nombor satu di negeri itu. Dalam lama sosial Facebook dan Twitter, penduduk Selangor mahu Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar ekoran kecemerlangan beliau menerajui tampuk pentadbiran negeri. Malah, bukan itu sahaja, penduduk dari negeri lain juga turut menyatakan sokongan yang sama kerana Abdul Khalid dilihat sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan banyak membantu golongan berpendapatan rendah.
Saiden Mannat Mohd Nasir, berkata kemajuan Selangor semakin meningkat ekoran kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan semua pihak harus melihat kejayaan itu bukan kepada politiknya. “Selangor maju dengan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar. Tengoklah kemajuan Selangor bukan kekuatan politiknya,” katanya.
Bagi Nina Karina pula, dia berpendapat Abdul Khalid adalah seorang pemimpin yang layak memegang jawatan itu. “Beliau adalah yang terbaik dan sewajarnya menjadi Menteri Besar. Mengapa ada pihak yang tidak mahu dikekalkan.
“Jika salah memilih penganti, ia boleh mengakibatkan masalah besar di Selangor,” katanya.
Sementara itu, Zokry Daud pula menganggap Abdul Khalid seorang pemimpin yang telus dalam pentadbirannya dan dengan sikapnya itu dapat mengelakkan berlakunya amalan rasuah. “Tan Sri sudah bagus mentadbir negeri, banyak pembangunan. Telus dan tiada rasuah. Rizab negeri dapat dipertingkatkan, jika ada masalah perbaikinya,” katanya.
Ahmad Zulkifli pula berkata, jika jawatan itu ditukar maka sewajarnya semua pihak mengenang jasa Abdul Khalid sebagai pemimpin terbaik. “Beliau adalah yang terbaik, orang terbaik tidak akan kekal lama, jadi wajar kita mengenang jasa beliau,” katanya.-SK/29 Jun 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/