Beberapa
hari lagi, pertarungan hebat Bola Sepak Piala dunia akan dimulakan. Sudah pasti
Dunia akan memberikan tumpuan penuh kepada Brazil selaku Negara Penganjur sukan
tersebut. Namun disebalik kegembiraan tersebut, terselit juga rasa duka
dikalangan rakyat Brazil sendiri apabila mereka terpaksa bertarung dengan himpitan
ekonomi yang semakin membimbangkan.
Bagi
mereka, Piala Dunia hanya beban. Mereka menganggap wang pelaburan bermillion
dollar US itu untuk bolasepak tidak berbaloi dengan situasi mereka yang masih
ketandusan dalam banyak hal. Sebaiknya semua perbelanjaan itu dapat digunakan
untuk keperluan masyarakat seperti pengangkutan, pendidikan, kesihatan dan
pemakanan.
Sebahagian
masyarakat Brazil mula protes. Jalan-jalan raya menjadi saksi penolakan
tersebut dengan hadirnya berbagai graffiti untuk memprotes pesta bola sepak
itu.Jalan-jalan sekitar kota Rio de Janeiro dan Sao Paulo dihiasi dengan
rangkaian graffiti dengan tema protes pada FIFA yang menyelenggarakan even yang
paling besar itu.
‘Need
food not Football’ atau ‘kami perlukan makanan, bukan bola’ antara yang menjadi
tema graffiti yang cukup menggugah hati. Menilai pada graffiti, kenyataannya menggambarkan
masih banyak masyarakat Brazil yang hidup di bawah garis kemiskinan. Berbagai
kemudahan awam seperti sekolah dan rumah sakit pun masih rendah berbanding
dengan stadium megah yang dibangun untuk menjadi tempat berlangsungnya
pertandingan bola antara negara.
Kerana
itu, mereka menjadikan graffiti sebagai protes yang cukup ‘efektif’ sekadar ‘menempelak’
pemerintahan dan juga FIFA. Meskipun bolasepak antara sukan yang diminati
rakyat Brazil sendiri, namun gelombang protes tetap berlanjutan dan menjadi
semakin besar seiring dengan semakin hampirnya detik pembukaan Piala Dunia.
Berbagai
aneka graffiti protes yang dinilai ‘kreatif’ dari masyarakat Brazil tersebut dapat
kita lihat di bawah ini.
Ada
yang melihatnya sebagai ‘kreatif’..?
0 comments:
Post a Comment