Sponsor

Wednesday, June 18, 2014

'Haram Jadah' Israel.....!..

Israel memang cari pasal. Kerana kehilangan tiga rakyatnya, mereka memburu dengan membabi buta. Mereka menangkap warga Palestin terutama dari kumpulan Hamas yang berada disekitar Tepi barat. Sudah berpuluh warga Palestin ditangkap atas dakwaan menculik Warga Palestin.
Dikhabarkan tiga pemuda Israel menjadi mangsa culik. Gil-Ad Shaer ‘16 tahun, Eyal Yifrah ‘19 tahun dan Naftali Frenkel ‘16 tahun. Yifrah dan Shaer, keduanya adalah pelajar dari yeshiva (sekolah semi Yahudi) Makor Chaim di Kfar Etzion dan Frenkel, pelajar di yeshiva Shavey Hevron, Kota Hebron. Menurut laporan dari station TV Channel 10, Frenkel adalah warganegara Amerika Syarikat.

Seolah-olah dirancang, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu  terus ‘meluruskan telunjuk’ kepada Hamas. Tanpa usul periksa, Netanyahu menuduh Hamas sebagai pelakunya. Apakah tuduhan ini satu kebenaran...?..Maklum saja, kejadian serupa pernah berlaku pada tahun 2006, seorang tentera Israel, Gilad Shalit berpangkat Kopral telah ditawan Hamas selama lima tahun. Selepas itu pembebasan Gilad Shalit menjadi pertukaran dengan 1,027 rakyat Palestin yang menjadi tahanan tentera Israel..
Namun Hamas menafikan penglibatannya dalam isu penculikan tiga warga Israel. Menurut bekas wakil Menteri Luar Hamas, Ghazi Hamad berkata, ‘tidak ada seorang pun tahu apa sebenarnya yang terjadi, tidak ada yang tahu siapa,dimana dan bagaimana peristiwa ini terjadi’..?..katanya lagi,..’kami hanya tahu kehilangan remaja Israel pada Khamis malam yang lalu dan pada Jumaat, pihak Keamaan Israel menyatakan mereka telah diculik dan memulakan pencarian besar-besaran’..
Memang benar, Israel telah melakukan penangkapan secara besar-besaran terhadap anggota Hamas. Mereka memburu dari desa ke desa dan rumah ke rumah. Sehingga kini, lebih 200 sudah ditahan termasuk ketua Parlimen Palestin Abdul Aziz Duwaik.  
Persoalan nya, Benarkah ada Pemuda Israel di culik oleh anggota Hamas..?.. Apakah kehilangan tiga pemuda Israel ini akan dijadikan alasan Israel untuk menghancurkan Hamas..?.. dan Apakah ‘Tragedi’ kehilangan ini ‘yang sama waktunya’ dengan pembentukan ‘Pelastin Bersatu’ bertujuan untuk menggugat Hamas dan Fatah.?..

Perlu diingat, Israel adalah satu-satunya Negara yang tidak akan mengiktiraf Negara Palestin Bersatu. Padahal pemerintahan bersatu ini merupakan keinginan seluruh rakyat Pelastin. Hamas dan Fatah diharap tidak akan berganjak dari keputusan ini. Penyatuan seluruh bangsa Pelastin ini juga bakal menjadikan Palestin lebih kuat dan mampu keluar dari cengkaman Israel sejak puluhan tahun dahulu.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/