Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahunnya tak henti
menjadi penghibur hati orang mukmin. Bagaimana tidak, beribu keutamaan
ditawarkan di bulan ini. Pahala dan keampunan Allah bertebaran memenuhi setiap
ruang dan waktu.
Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih
keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering
menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini
menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang
mukmin, yaitu dermawan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh
kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah.
‘Semakin banyak kebaikan yang
bertebaran di muka bumi ini, maka keberkahan bagi setiap makhluk yang hidup di
dalamnya pun semakin banyak’. Tiupan kata semangat inilah yang memberikan
kepada kami untuk meningkatkan lagi sumbangan pada tahun ini sempena menyambut
Ramadhan 1435 Hijrah. Sudah tentulah program ini dapat digerakkan dengan mudah
dan lancar berkat kerjasama antara semua pihak.
‘Kebahagiaan terasa lengkap jika di
hari kemenangan menyambut Ramadhan ini kita dapat membahagikan kebahagiaan itu kepada saudara sesama muslim. .
“Semoga program-program ini dapat menjadi jambatan antara umat islam yang ingin
memberikan sumbangan dan umat Islam yang memerlukan sumbangan’...
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ‘Sedekah
yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan’.
Huraian Hadith:
Pengajaran Hadis:
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

Sumbangan yang disampaikan sempena menyambut Ramadhan Al
mubarak bagi tahun 1435 Hijrah sekitar Mukim Hosba Kubang Pasu. Terima kasih
juga kami ucapkan kepada Pertubuhan Kebajikan Al amin Kubang Pasu [PEKA] atas
inisiatif dan kerjasama ini dan para penyumbang yang memperuntukan kewangan
serta 700 pack buah kurma untuk edaran diseluruh DUN Bukit Kayu hitam.
0 comments:
Post a Comment