Sponsor

Thursday, June 26, 2014

‘Cukuplah, Saya Dah Penat’...Yammy Samat Lebih Rela Di Pecat Dari Membalas Surat Tunjuk Sebab...

Ibu Dyana Sofya, Yammy Samat tidak peduli jika Umno memecat keahlian beliau ekoran dituduh menyokong dan membantu kempen anaknya yang juga calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan lalu.

Katanya, setakat ini beliau berkemungkinan tidak akan membalas surat tunjuk sebab yang dihantar kepada beliau. 
"Kemungkinan besar saya tidak akan jawab surat itu. Tapi tengok macam mana nanti sebab ada tempoh 14 hari untuk jawab. Apapun, saya tidak peduli sekiranya saya dipecat," katanya.
"Kalau Umno hendak pecat saya ke apa, itu terpulang kepada parti dalam membuat keputusan," kata beliau kepada mStar Online.
Yammy turut menafikan tuduhan bahawa beliau membantu kempen Dyana pada PRK tersebut seperti dakwaan dalam surat tunjuk sebab itu. Sebaliknya jelas Yammy, pada PRK tersebut beliau hanya menemani Dyana sebagai atas kapatisi seorang ibu. "Saya tak buat salah. Surat itu mengatakan saya penyokong Dyana sedangkan saya tidak berkempen pun untuk dia tetapi sekadar menemaninya sebagai anak," tegasnya lagi.

Mengulas karier politiknya sekiranya dipecat, Yammy berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti lain dan memilih untuk bersara daripada politik. "Cukuplah, saya dah penat dalam politik ini, biarlah saya berehat... umur saya dah nak masuk 60 tahun pun," katanya seperti dilapor portal itu. – HD-26/6/2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/