Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad meminta seluruh
komponen Pakatan Rakyat mengambil kira pandangan rakyat dalam isu pertukaran
Menteri Besar Selangor.
Menurut beliau semua
komponen Pakatan iaitu PAS PKR dan DAP telah turun merayu undi mereka dari
rakyat Selangor pada Pilihan Raya Umum lalu dan pandangan rakyat amat
diperlukan tatkala ini. "Jangan sama sekali
hasrat rakyat biasa diketepikan. Mereka juga mempunyai hak kerana seorang
Menteri Besar itu bukan sahaja milik orang politik tetapi juga milik seluruh
rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Jumaat lalu, portal
themalaysianinsider melaporkan Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar
Sulaiman berkata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kini tidak lagi
mendapat sokongan beberapa pemimpin PAS Selangor. Menurut Jaafar, sikap
Khalid yang sering membuat keputusan secara bersendirian dan seringkali
membelakangkan Pakatan Rakyat menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan
mereka. Sikap Khalid itu dianggap
membawa masalah apabila kompenan Pakatan Rakyat yang lain turut dikutuk serta
dikritik jika keputusannya tidak tepat atau salah.
Iskandar yang sebelum ini mempertahankan
Khalid ketika memorandum bantahan oleh kelab penyokong ADUN Selangor yang
diketuai bekas pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Othman akhir tahun lalu
bagaimanapun tidak dengan jelas menyatakan pendirian beliau. Iskandar yang juga exco
kanan Selangor hanya mengadakan Pakatan tidak perlu mendengar pendapat
'kumpulan tertentu sahaja' dalam membuat keputusan itu.
Beliau turut memberi
amaran nasib Pakatan dalam PRU akan datang mungkin terjejas sekiranya
rakyat 'tidak merestui' pertukaran yang berlaku. "Pakatan Rakyat mesti
mesra rakyat dan ini termasuk peka kepada kehendak rakyat. "Biarlah pandangan
kesemua kelompok dan peringkat rakyat diambil kira. Bukan hanya
kumpulan-kumpulan tertentu sahaja," katanya.
MK/22 Jun 2014
0 comments:
Post a Comment