Sponsor

Friday, June 13, 2014

Isi Kahwin,15 Kepala Pendukung Assad Dan 50 Kepala Sebagai Syarat Bercerai..!!..Tunai...

Dendam terus membara. Kebencian terhadap Regim Suriah pimpinan Basyar Assad bukan perkara olok-olok. Semangat yang dipamerkan seorang wanita Suriah ini benar-benar mencabar kewibawaan seorang kesatria. Bayangkan jika seorang wanita meminta 15 kepala pendukung Regim Assad sebagai mas kahwin dirinya..Mas Kahwin tu, bukan wang belanja..Maknanya satu perkara ‘wajib’ yang mesti ditunaikan oleh seorang bakal suami.

Aicha Faaourya, 50 tahun yang kini menjanda akibat kehilangan suami nya ketika demontrasi menentang regim Assad sedikit masa lalu. Turut sama kehilangan ialah empat anak laki-laki kesayangannya. Beliau kini membuat permintaan kepada tunangannya, Haji Ahmad Ramilat berusia 75 tahun agar menyediakan 15 kepala pendukung Assad sebagai Mas Kahwinnya dan memberikan lagi syarat kepada bakal suaminya itu agar menyediakan pula 50 kepala pendukung Assad jika berhasrat ingin menceraikan nya...
Catatan : Kenyataan dipetik ketika pembicaraan di luar Kedutaan Suriah di Ibu Kota Amman, Jordan seperti di siar stesyen TV Al Arabiya, Jumaat (13/6/2014 )
Aicha Faaourya mendapat julukan sebagai ‘Umm Shouhada’, berarti ibu martir. Dia bersumpah untuk mendedikasikan sisa-sisa hidupnya untuk memerangi regim Assad.
Haji Ahmad Ramilat merupakan anggota sebuah dewan suku Suriah dan mendapat julukan ‘orang bijak dari dewan’,juga turut sama kehilangan dua orang puteranya dalam memerangi pasukan Assad.
Begitupun, Permintaan Mahar dari Faaourya bagi menyediakan 15 kepala sebagai Mas Kahwin Perkahwinan tidak menjadi masaalah kepada Haji Ramilat malah beliau berjanji akan segera memenuhi keinginan ‘wanita dicintai’nya,  begitu juga berjanji akan menyediakan 50 kepala pendukung Assad sebagai tambahan jika mereka bercerai...
Sehingga kini Suriah kehilangan lebih 160,000 nyawa akibat peperangan dan lebih dari 2 juta rakyat Suriah menjadi pelarian dalam tempoh 3 tahun pertempuran.

Sumber Asal/M.com

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/