Sponsor

Tuesday, June 10, 2014

Kekang Kebebasan Mahasiswa, Gerakan Mahasiswa Desak Mansuh AUKU/Akta 173...

Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku/Akta 174 (GMMA/174) menggesa agar Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) mengusulkan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi menyemak dan meneliti tuntutan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran 1976 (Akta 174)

Gesaan itu antara terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat dan BN di lobi parlimen pagi tadi.
Pengerusinya, Khairol Najib Hashim memberitahu setiap ahli parlimen perlu mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan pihak universiti yang menggunakan Auku dan Akta 174 ke atas 25 mahasiswa. "Kita mahu ke semua ahli parlimen menggesa Naib Censelor universiti terbabit agar membatalkan segala pertuduhan, hukuman dan prosiding tatatertib terhadap mereka secara serta merta," katanya.
Beliau mengulas kes 25 pelajar yang dikenakan prosiding tatatertib oleh pihak universiti, tiga darinya dari Universiti Malaysia Sabah kampus Antarabangsa Labuan yang telah digantung pengajian satu semester, lapan dari universiti sama diberi amaran serta dibuang dari kolej kediaman dan lima masih lagi dalam prosiding.

Sementara itu, lapan dari Universiti Malaya (UM) telah diberi surat tunjuk sebab kerana menyertai himpunan tanpa kebenaran pihak berkuasa di hadapan parlimen pada 8 April lalu.

Seorang pelajar dari Universiti Teknologi Mara Kota Kinabalu (UiTM KK) pula didapati bersalah dan diberi amaran kerana membuat kenyataan di facebook yang mengugat kepentingan UiTM dan menyertai perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran UiTM.

Khairol Najib dalam kenyataannya turut meminta agar kerajaan segera memansuhkan Auku, Akta 174 dan semua akta yang mengekang kebebasan hak asasi mahasiswa bagi mengembalikan autonomi universiti.

GMMA/174 turut mendapat sokongan 19 NGO termasuk dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Gabungan Menuntut Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih 2.0), Global Movement Moderates (GMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Pro Mahasiswa Nasional (ProM).
HD 10/6/2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/