Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akur dengan
kekeliruan yang berlaku berhubung status halal coklat Cadbury yang turut
menimbulkan krisis keyakinan umat Islam terhadap Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim).
Menurut beliau, umat Islam mungkin akan mengambil sedikit masa untuk meyakini keputusan yang diumumkan Jakim yang telah membuktikan produk coklat tersebut tidak mengandungi DNA babi.
“Kita faham bahawa ini menyentuh soal kepercayaan, keyakinan dan perasaan, jadi mungkin ianya akan mengambil sedikit masa tetapi saya berharap agar pengguna meyakini tugas Jakim” katanya dipetik Astroawani.
Beliau berkata, kepercayaan harus diletakkan kepada Jakim yang berautoriti dalam menentukan halal atau haram sesuatu produk walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan ada kandungan DNA babi dalam dua sampel coklat itu.
Tegasnya, Jakim tidak mempunyai kepentingan untuk melindungi produk tersebut kerana ia melibatkan makanan dan kesucian umat Islam. -HD/5 Jun 2014

0 comments:
Post a Comment