Sponsor

Saturday, June 7, 2014

Ulang Tahun Ke 30 Operasi Bintang Biru Berakhir Dengan Pertempuran Antara Dua Kumpulan Sikh...

NEW DELHI - Satu pergaduhan melibatkan anggota-anggota pasukan sukarelawan Jawatankuasa Shiromani Gurdwara Parbandhak (SGPC) dan para aktivis Sikh telah menyebabkan 12 orang cedera di kompleks Kuil Emas di Amritsar, India semalam.
Pergaduhan itu berlaku selepas anggota-anggota Shiromani Akali Dal menegaskan, mereka dibenarkan untuk berucap menerusi mikrofon. Beberapa saksi berkata, pada pertempuran itu, para aktivis Shiromani Akali Dal dihalang oleh para sukarelawan SGPC daripada menghunus pedang, lembing dan senjata tradisonal yang lain. Tindakan para sukarelawan SGPC itu menyebabkan pergaduhan berlaku melibatkan kedua-dua pihak pada ulang tahun ke-30 Operasi Bintang Biru yang berakhir semalam.
Pada operasi Bintang Biru itu, kira-kira 400 orang terbunuh pada Jun 1984 atas arahan Perdana Menteri ketika itu, Indira Gandhi. Pemimpin golongan pemisah, Jarnail Singh Bhindranwale turut diusir keluar oleh askar-askar India dalam kejadian itu.
Ramai orang yang dilihat berlari untuk menyelamatkan diri ekoran kejadian itu. Kedua-dua anggota kumpulan itu saling kejar-mengejar di tangga marmar di dalam kuil tersebut. Bagaimanapun, pertempuran tersebut berjaya dikawal dengan kehadiran anggota keselamatan tambahan yang ditempatkan di dalam kuil itu.
"Insiden ganas itu akan disiasat dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang dituduh melakukan perbuatan tersebut," kata seorang pemimpin pentadbiran kuil tersebut, Giani Gurbachan. – Agensi/Kosmo

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/